Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Ibu Hadif’s GiveAway ~ 'Anugerah Terindah'


Aku dpt tau last minute tntg giveaway ni... amat bermakna untuk ku join.... buat tatapan uolls dan jugak untuk anakku syafiqah.....untuk ibu hadif... happy 2nd anniversary....

Birth Announcements at WiddlyTinks.com
Birth Announcements by WiddlyTinks.com

Umor semasa gambar terindah diambil : 12 jam selepas lahir
Umur sekarang: 3 tahun 9 bulan

Pengalaman mengandung dan melahirkan Permata Hatiku Yang Terindah kuberi nama ~ Adriana Syafiqah (yang membawa makna Nisbah + Yang Baik hati) amatlah bermakna dln hidupku.... kelahiran Permata Hati ku yang terindah ini ku sambut dgn penuh debaran dan terharu... segala kepayahan dan kesakitan ku semasa melahirkan mu hilang bila diri mu lahir dgn selamat dari rahim ku...

masih aku teringat.. sesudah kepala Puteri Anugerah Terindah ku berjaya melepasi faraj ku dan kurasa badannya mengalir laju dr perutku.. hilang terus segala kesakitan tadi...... aku mengucap panjang dan bersyukur sambil mata ku masih ku pejamkan... selepas itu kudengar JM Fadzillah memanggilku supaya membuka mata dan melihat Anugerah Terindahku.... kubuka mataku, kulihat dan kusebut "Perempuan" terus kedengaran suara mu menangis....

Hati ku rasa seperti terhenti seketika dan amat terharu... benarkah aku sudah menjadi ibu??? seperti bermimpi aku berjaya menempuhi saat kelahiran itu... aku memandang suami dan kami mengukir senyuman paling gembira melihat Puteri Ku Yg Terindah selamat.... sejurus selepas itu puteri ku diletakkan didada ku untuk disusukan dgn susu pertama ku....

untuk Adriana Syafiqah... andainya Fiqah dah boleh baca nanti... ketahuilah... kehadiran Fiqah disisi mama & papa amatlah bermakna dan memberi cahaya dan sinar kebahagiaan kepada kami... akan mama & papa tatang fiqah seperti minyak yang penuh dan didik fiqah dengan ajaran agama dan didikan yang sempurna supaya menjadi anak yang soleh, bijak dan berguna kelak




Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

2 comments:

MRS. K said...

haii.. ibu hadif dah terjah.. gudluck

Iela Fazielah said...

tq ibu hadif....

Related Posts with Thumbnails