Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

tips elak anak derhaka - panduan keibubapaan..

Tips ni aku amik dr blog salldannrizz.... kak sall, ila copy ek.... info ni berguna utk kita semua... bila baca daku terus ingat2 balik... apakah aku ada miss semua tips yg sall catatkan ini... pd kengkawan lain... sila lah baca dan amalkan ye...

  • Jadi bagaimana sebaiknye kita megelakkan anak menjadi derhaka. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik2. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
  • Berikan anak perlukkan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang kerana itu membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
  • Setiap kali anak buat perkara baik, berikan peneguhan seperti pujian dan kata2 menunjukkan kebanggaan kita sebagai ibu bapa. Peluk, cium, beri hadiah atau sekurang2nye senyum untuk setiap kebaikkan yang dia lakukan.
  • Janganlah mengharapkan anak yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak2 yang sedang berkembang. Perkembangan membuat mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila berhadapan dengan masalah kerja atau keluarga, pilihlah keluarga. Anak2 akan terus membesar, jika kita membiarkan masa berlalu tanpa memperdulikan anak, kelak kita akan menyesal kerana masa tidak akan kembali.
  • Anak2 memang ujian buat ibu bapa. Ujian daripada anak2 selalunye membuatkan ibu bapa hilang sabar. Dalam membesarkan dan mendidik anak2, janganlah sesekali kita mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak2 merasakan diri mereka beban. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama berlajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Dengarlah cerita anak, cerita itu tak akan dapat kita dengari apabila mereka dewasa. Kadang2 anak mengalami mimpi ngeri dan dia ingin ibu bapa tahu. Dengarkan cerita anak kerana mimpi ngeri mereka adalah begitu nyata dalam dunia mereka.
  • Ibu bapa yang menjadi pendengar yang baik, biasanya dipercayai anak2. Mereka tidak perlu mencari orang lain untuk bercerita. Terimalah yang kadang kala kita bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stres menjadi ibu bapa. Anak juga mempunyai perasaan sama seperti ibu bapa. Jangan kerana kita tidak tahu menghargai mereka dan membiarkan mereka membesar tanpa didikan yang elok, anak jadi derhaka dan seterusnya menyusahkan ibu bapa.

5 comments:

nza said...

insyallah, sama la kita praktikkn yg trbaik...

Iela Fazielah said...

betul tu kak

~ Sall said...

Boleh aku izinkan. Benda yang baik apasalahnye kita kongsi bersama.

Iela Fazielah said...

tq--tq...

Iela Fazielah said...

tq--tq...

Related Posts with Thumbnails