Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

tips keselamatan rumah oleh PDRM.... meh baca...sama2 kongsi

 Assalamualaikum...salam 1 Malaysia...muahahaa..
lama giler aku xhapdate blog ea...mesti korang tertanya2kan... manala si ila ni pegi.... kat 5hari blog sepi tanpa update...eceli... daku balik kampung ye kengkawan semua...jauh tu..... kat Sentul Pasar, KL..muahahaha...mcm jauh giler....
3hari cuti blk rmh mak...dok bc novel xhingat donia...tetiba aku jd hantu novel lak...semua ni penangan tgk citer Nora Elena la ni...kena pulak kakak ku punyer koleksi novel berpuluh2...dpt la khatam bang 5 buah....
lg pun skrg kita dah tak boleh announce2, kepoh2 1 donia kalau nak gi bercuti/balik kampung..cukupla sekadar bg tau jiran sebelah n depan rmh kan.......bahaya ooo....skrg org serang org tru cyber.... maka dgn itu,,, daku nak kongsi sikit tips keselamatan di rmh or nak elak kecurian dan seumpanyanyer..eceli tips ni diberikan oleh salah sorang jiran rmh ku yg juga mmgla OTEK...dia post dlm wall kat FB Paragon....memandangkan aku rasa tips ni sgt baik utk aku kongsi2 kat kwn2 diluar sana...daku pun copy paste la kat sini ye....sebagai pedoman utk kita2 semua jugakoh ye.... cerita2 sepanjang ketiadaanku 5 hari akan dihapdate kemudian ek....
 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, saya nak berkongsi TIPS KESELAMATAN DI RUMAH - PENCEGAHAN JENAYAH seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

Sekiranya berlaku sebarang kecurigaan atau kecemasan boleh terus menghubungi BILIK GERAKAN IPD SERDANG ( BALAI PALING BERDEKATAN ) DI TALIAN : 03-89431054 / 03-89484822 (Area serdang/seri kembangan  sahaja). ( adalah lebih... afdal nombor ini di simpan dalam HP masing-masing )

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

6 comments:

mamalieyna said...

thanks for the tips...mmg berguna tuk semua..yelah kejadian mcm ni kan taktau bilamasa nak terjadi..hu~ hope kita semua dilindungi, tp sblm tu kita kena jugak berusaha utk mengelak ia dr terjadi kan..

Iela Fazielah said...

mamalieyna: betul tu... usaha kena ada.... itu paling penting

mummy_ayu said...

tq for sharing the good info..nayak membantu nie..

Iela Fazielah said...

mummy_ayu: u r welcome

Dilla Ady said...

bagusnye tips nih...dilla kadang2 nk tido terpikir jugak benda2 camni..ade tips yg boleh diamalkan nih..

Iela Fazielah said...

dilla: akak rasa semua tips ni berguna sgt2... tp amik la mana yg rasa sesuai utk diamalkan

Related Posts with Thumbnails