Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Daftar & Orientasi Syafiqah thn 1 SKTU

sabtu lepas...29hb Disember 2012..hari pendaftaran pelajar baru tahun 1 utk syafiqah
wah..berdebar maknyer syafiqah...
jgn tak tau..mlm tu aku br kelam kabut nak jahit lencana sekolah syafiqah..
esok pepagi dah bgn...
siap bukak blk web Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (SKTU)
kot aku silap tarikh ke...
ok...kompom...hari ni jam 8 pg kena ada kat sekolah..

kejut syafiqah...suruh mandi n pakai bj sekolah..
minah ni mcm mamai je..
pastu hantar budak 2 org tu ke taska...
ber3 lebih baik..ada 2 org budak kecik tu mesti susah nak gerak..

smapai2... tgk kereta dah penuh..
nasib baik naik kancil je..senang nak selit2..
untung org rmh depan sekolah...jalan kaki je..

ok...terus gi terjah papan notis.. tgk nama syafiqah kat kelas mana..

tgk senarai nama kelas...mak ai!!!!ramainyer murid!!!
n paling kelakar... ada 4 org nama ADRIANA dlm kelas dia..
syaifqah masuk kelas 1 UM
kat SKTU nama kelas nama2 universiti...kelassss ko jah!

terus bawak syafiqah berkumpul ikut nama kelas dia...

ok..kakak dok sini ye...


then jam 8.30 semua parent kena berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat dari tuan guru besar..
ms ni baru tahu..thn 2012 berlaku lambakan murid thn 1 disekitar puchong, kinrara, ekuin, LEP dan desaminium...
jadi...kelas terpaksa dibuka smapai 10 kelas dan murid menjangkau ke 47 org murid setiap kelas
bayangkanlah.. ada parent dok puchong tp hantar anak ke SKTU ni..
sbb sekolah depan rmh dia dah penuh!
tp nak buat camne... mmg area rmh aku kawasan perumahan baru..
byk org sebaya aku dgn anak yg sebaya dok kat sini...

1 lagi, sekarang sekolah dah pakai sistem KSSR (Kurikulum sepadu sekolah rendah)
dah xpakai KBSR.. dan ada sistem baru dipanggil LINUS
exam pun dibuat dlm tempoh 2 minggu awal persekolahan..
utk tahu tahap pencapaian anak2
lepas exam nnt... hanya murid yg lemah atau masih tidak menguasai 3m akan dipindahkan ke kelas LINUS tu..
murid lain semua akan stay dikelas yg sama.. skrg ni semua kelas sekata...
tiada kelas terpandai dan tercorot..
hanya ada 2 buah kelas LINUS utk murid2 yg xmenguasi 3M tu
eh byk lah info kami tau... sistematik la sekolah ni

sementara tu anak2 dibawa masuk ke dlm kelas..
lepas abis taklimat aku terus gi kelas syafiqah...
ms ni syafiqah tgh makan..ala coklat apollo dgn minum air kotak laici je
tp bagusla sekolah ni...siap bg makanan tu...
syafiqah dok kat belakang skali tepi tingkap
setiap kali msk kelas.mesti minah ni dok blkg..
pelik betul aku!

then... aku tinggalkan dia sbb kami parent kena byr duit yuran semua..
tp kat kantin la... lupa lak nak snap gmbar..

lepas tu aku dtg balik syfqah tgh beratur..
 tertanya mana syafiqah n the geng nak pergi?
rupanyer mereka nak dibawa round 1 sekolah..
cikgu nak tunjuk mana tandas, pejabat, perpustakaan, surau dan lain2...
ok la...

so...sementara syafiqah gi round sekolah..
aku n hubby gi sarapan kat kantin..

then, lepas sarapan tgk syafiqah tgh mewarna..
aktiviti pertama dia disekolah.. ok la..

dpt aku snap gmbar dia sbb dia dok tepi tingkap kan..

jam 11 pagi..semua murid bersurai 

lastly...
ini kwn br syafiqah...dok seblah dia je..
nama dia Emelda Husna..

balik tu syafiqah ckp...dia seronok sgt!
dia ckp xsabar nak gi sekolah lg.. hamboi kakak...
tunggu rabu ni ye...
kakak berkobar2 ke tak ye kakak??
tanya syafiqah...1st day sekolah syfqah belajar ape??
dia ckp : bila cikgu masuk kena ckp : Selamat Pagi Cikgu!
bagusssss.... ok tunggu hari sekolah sebanar nnt ye..


keseluruhan...
daftar haritu kami just bayar Rm60 je utk bayaran:
1. PIBG Rm30
2. Baju sukan sekolah
3. Tag Nama
4. Sumbangan kelas LINUX
5. yuran lain2..

ok la.. xbyk belanja pun...
mknn kat kantin pun sedap...

kata kwn opis aku..
nnt stat sekolah dia suruh aku bekalkan syfqah mknn je awal2..
kalau nak bg duit belanja..bg duit syiling biar mudah syfiqah guna..
sbb guru besar dah pesan awal2... jgn salahkan makcik kantin kalau anak xdpt duit baki..
sbb anak xamik duit baki lepas bl mkn...hihihi


5 comments:

zailamohamad said...

aku pon risau ni anak sulung aku nak sekolah juga tahun depan..macam2 dalam kepala otak ni..semoga dipermudahkan olehNYA

Iela Fazielah said...

zailamohamad: jgn risau..insyaallah..semua ok..seronok lg ada..

Ibu Lala said...

anak saya pun ada nk msuk darjh satu. ms orientasi x pegi sbb x dpt surat. hari ni baru nak settlekan sumenye..

sall said...

salam. pejam celik, pejam celik dah besaw anak kita kan. Lps ni celik pejam, celik pejam dah nak kawen anak kita.

Anyway, utk Syafiqah, rajin2 belajar ye.

Anita, Mummy Adzryl said...

salam. sy anita, baru je nak register anak utk kemasukan 2016. (anak lahir 2009). nak tanya la.. okay tak sekolah taman U ni? sebab sy macam tak sure nak register SK Taman U or SK Cyberjaya. confused plak. huhu. reply soon! :)

Related Posts with Thumbnails