Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

MENCURI & MENGGUNAKAN GAMBAR SYAFIQAH TANPA KEBENARAN!


Aku betul2 terkejut dgn satu artikel yg memaparkan kisah sedih berkenaan seorg budak miskin yg berkwn dgnsorg budak yg mungkin senang sikit berkongsi mkanan di kantin. Apa yg buat aku terkejut bila artikel itu menggunakan gmbar syafiqah dan kwn sekolah nyer yg diambil dr blog aku (klik link ini utk cerita asal: http://mamailahfazilah.blogspot.com/2013/01/waktu-rehat-syafiqah-di-sekolah.html)


Serius aku mengeletar membaca kisah tersebut seoalh2 seperti aku yg mereka cerita tersebut. ya..1st impression org baca artikel tu semua rasa sedih n simpati pada keluarga budak tu tp dlm ms yg sama bila dia menggunakan gmbar tersebut... seolah2 ia adalah kejadian sebenar dan akulah org yg menceritakan kisah tersebut! Semua org dah salah anggap.Soooo...

Apa perasaan korang bila org curi gmabr anak korang or gmbar korang dan simply guna tanpa minta kebenaran. Ditambah lagi artikel itu TIDAK MENULIS "SEKADAR GMABAR HIASAN"!


AKU SANGAT MARAH OK! AKU MARAH DAN MALU PADA PARENT KAWAN SYAFIQAH YG GMABAR DIA TERANG-TERANG DGN AXION DIDEPANNYER!AKU TAU KISAH NI KISAH PENGAJARAN... BAGUS..XSALAH....TAPI APA KORANG RASA KALAU GMBAR ANAK KORANG DISITU..SEOLAH2 KORANG NI MISKIN SGT!!!!! WALAUPUN BUKAN GMBAR SYAFIQAH SBB SYAFIQAH GMABR DIA DIKABURKAN!!!

PADA PENULIS.... TOLONG!!! TOLONG MINTA KEBENARAN DAN JGN SIMPLY MAIN LETAK GMBAR ORG! SATU DUNIA BACA OK! AKU BACA ARTIKEL NI DARI FB!
AKU SGT TERKEJUT SKRG!!!!

XTAU NAK TULIS APE LG! KORANG...TLG BG KOMEN...APA HARUS AKU BUAT...??
AKU DAH TULIS KOMEN PD ARTIKEL TU SUPAYA REMOVE GMBAR TU DAN ARTIKEL TERSEBUT!

l

BOLEH BACA CERITA DIBAWAH...AKU COPY PASTE SEMULA CERTIA TERSEBUT...SAYUGIA AKU BERITAHU...BUKAN AKU YG KARANG CERITA INI! TP AKU COPY SUPAYA KORANG TAU APA KISAH YG CUBA PENULIS TU CERITAKAN TETAPI DALAM MASA YG SAMA MENGGUNAKAN GMBAR ANAK AKU SEBAGAI PENYEDAP CERITA DIA TANPA KEBENARAN AKU


Begini kisahnya, waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu, dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu. Mungkin Amira dah jemu agaknya sebab hari-hari bawak roti kosong jer cicah air sirap.Suatu hari anak saya bersuara kepada Amira, Mira..aku teringin nak makan nasi goreng kau, kau asyik bawak roti je, apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.Amira termenung, nampak muka dia macam tak sedap. Alahh tak nak lah nasi goreng aku tak sedap lah.ko mesti tak nak makan nanti Alahhh ko bawak je, ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap ko bawak je la mesti sedap punya.Ok la kau punya pasal esok aku bawak, aku bawak nasi goreng special untuk kau. Yeeaaahhh anak saya suka sangat sebab Amira setuju nak bawak nasi goreng esok.Sampai di rumah, malam hari sebelum tidur. Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu. Mak boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng ? Mak Mira terkejut apa sayang ? Esok Mira nak bawak nasi goreng, Kenapa? Esok Mira ada jamuan ke ?Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok, Mira bawak roti je la. Alahh mak boleh lah tak payah bubuh rencah pun tak apa, mak taruk telur je pun dah ok.Ya lah baik la esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya, telur pun tinggal sebijik je tau dah malam-malam buta ni mana nak carik telur bawang pun dah habis tu takpe la mana yang ada je lah.Keesokkannya dalam dalam kelas anak saya tanya Mira, Mira ko bawak nasik goreng tak ? Aku bawak ni Mira senyum.Kau bawak tak Mira ? Bawak le aku bawak kan semalam dah janji.Ok cayalah tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.Jam 10.00 pagi loceng rehat bunyi mereka berdua berlari ke kantin nak tukar-tukar nasi goreng.Sampai di kantin, Mira kau nak air tak? Hari ni aku belanja kau air, kau nak air apa? Aku belikan.Alah tak kisah air apa-apa pun tak apa aku minum je.Alahhh Mira kenapa ko tak buka bekal lagi ni, ko duk diam je kat situ apasal ? ya la aku tunggu kau datang bawak air kita buka bekal sama-sama.ooo ya ker jom jom kita buka bekal.Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik, Mata anak saya tidak berkelip.Amira mana nasi goreng kau? Ko bawa apa ni ? Ni lah nasi goreng aku kau buka je lah.Tuan atau Puan nak tau ? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon warna kuning bekas tu.Amira kenapa kau letak nasi goreng dalam bekas Axion ni ? Mak ko tak marah ke ? Tak rasa sabun ke nanti ?Tak la mak yang bubuh dalam bekas tu, kat rumah aku mana ada tupperware macam ko, memang kami pakai balik bekas sabun tu, standard la kami memang dah biasa macam ni.Air mata anak saya mula bergenang tunggu masa untuk tumpah.Mira kenapa kau tak cakap yang kau takde bekas untuk bawak nasi ni, aku boleh bagi kau bekas, kenapa kau tak cerita dengan aku Mira kau ni kan.Mira tunduk tolong jangan nangis boleh tak ? Semalam kau yang cakap kau nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak ? Makan je la.Mira aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan kau, takpe lah Mira jom kita makan, kau makan nasi goreng aku, aku nak rasa nasi goreng ko.Ehhh tak per..tak per..kau makan je nasik goreng kau, nasi goreng aku tak sedap bubuh dalam bekas sabun pula tu.Mira jgn ckp mcm tu, bagi sini aku rasa nasi goreng kau, ya la rasa sesudu je kompom tak sedap tu.Anak saya pun makan rasa sesudu, memang betul pun tak sedap, nasi goreng Amira putih meleset takda rencah, takda rasa pun tawar je, tapi anak saya tak kisah dia tak merungut pun.Cuma masa Mira suap nasi goreng tu, air mata dia plak berlinang, anak saya tanya kenapa kau nangis, dia cakap tak ada apa, takpelah, kita makan je la.Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya, saya menangis tapi saya tidak menangis semasa itu. Saya tidak mahu menangis di depan anak saya. Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis.Selesai anak saya bercerita saya cakap kat anak saya, esok bawak bekas tupperware kat dapur tu bagi kat Amira ya cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.Lepas tu saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta, sebenarnya bukan saya tengok kereta saya menangis semahunya kat tepi kereta tu, tak sangka sangat di zaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita sedih dan sayu hati ni.Kepada orang kaya di luar sana ingatlah dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan.Saya berdoa kepada Allah agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan Aminn.Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita.Terima kasih.xxxxxxxxx: Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka.Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran

18 comments:

kasihibu said...

Tak terkata sebab terkejut
sabar ye dik
cuba hubungi penulis tu dan mohon penjelasan

beta kupu said...

Dasyat la skrg ni, sesuka ati je, kan da jd fitnah plak sbb org ingt gamba tu betul...ni mcm kes blogger elly in wonderland plak...huhu

Hayatie Hashim said...

Biasanya gambar tu diorang amik dari google images search je..kalau blogger mcm kita ni apa sahaja gambar yang diupload akan terpapar di Google Images..tu orang suka letak watermark kat pic sebelum nak upload ke blog, tapi lama2 leceh sbb penat nak edit2 dulu..patutnya dia letak disclaimer 'sekadar Gambar hiasan'...baru lah orang tak rasa yang yg gambar tu ada kaitan dengan cerita...saya pun agak marah kalau jadi gitu...

Nana said...

La gamba anak kau ke
Aku br baca td
Aku penah kena kes gamba diambil tanpa kebenaran ni

Iela Fazielah said...

NANA: IYE...AKU MARAH SBB GMABR ANAK KAWAN AKU TU... SEMUA ORG INGAT AKU YG TULIS ARTIKEL NI... SKRG AKU KENA CARI PARENTS KWN SYAFIQAH NI NAK TERANGKAN PERKARA SBENAR SBLM BENDA NI JD KECOH LG TERUK

mummy_ayu said...

la..tak patut la.kalu letak "gambar sekadar hiasa" ok gak.pastu ..blur2 kan jer gambar muka tu..or tak..but still..jgn la buat macam nie..kang timbul salah sangka..kang jenuh..tak baik la...
or better kalau nak buat cerita apengajaran sgt..takyah letak gambar..ntah la..kalau Ayu pun, Ayu marah nie..

shida rahman said...

ish jahatnya..sapa la penulis ni kan....bersabar ye kak...minta penejelasan dgn individu terbabit...

||aLeaSaRa|| said...

erk...tadi rasanya saya ada baca ttg artikel ni bukan kat fb tapi kawan blog share...sapa ye saya pun dh lupalah...sis mmg kena call pihak penerbit..satu hal pulak nk kena explain dgn parents budak tu huhu..

Nad MamaZN said...

Author tu dh tukar gmbr dh kak..
Tp nak wat cemane..
Dh byk share kt fb kan..
Geram jugak..
Kalau btul pun dia amik kt google,
Kat google still akan link kan ke blog kita
Takkan takleh mintk izin??

Isy, tah la kak..
Saya tak kena lagi..
Apa apa pun, akak byk2 bersabar
Biar tenang sket baru bleh pikir secara rasional k?
Sabar ek..

Iela Fazielah said...

tq ayu, nad, shida, aleasara, hayati, nana & kasih ibu.... dah rasa lega dah...autor asal dr harianislam.com... tp bila blog2 mcm informasi.com, mencari damai semua.. diaorg copy paste... dah ramai bc... nnt ila cuba letak protection supaya xleh copy gmbar.. tp xpandai...ada sape2 leh ajar x?

adianiez AIDA said...

aida baru baca jap tadi...
makna nyer kejadian bekas axion tu tak berlaku la ye???!
bohong nyer artikel tu!!!

Iela Fazielah said...

adieaniz AIDA:: pasal cerita axion tu ila xberani komen... entah betul entah idak..yg penting,... bkn ila certia... tp gmabr ila yg telah digunakan..

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

kita baca tadi rasa cam kenal je budak dalam gambo tu, rupanya betul syafiqah...

aziekz said...

kak...cb emel penulis tu.,bgtau.....sekian2...dan mntak move kan pic tu.....wpun tak jelas tp terjeja jgk gamb ank akak tu....

Mukin pnulis main ltak...xperasan,..

Mmm...klu bukan....niat dia dah betul nak cter kush teladan tp kipnap pic ank org..


Bgtau cpt2...sbelum kisah yg diciterkan dicopi paste atau diprint,...

Iela Fazielah said...

AZIEKZ:dah bg tau....mcm kat FB mencari damai last artikel dia dah tulis :kreditPhotoHiasan:mamailahfazilah.blogspot.com

sebelum tu xde tulis...lepas tegur br letak

mama lieyna said...

Allah.. kalau baca gitu je, beserta gambar, terasa mcm cerita ni dr ila sendiri yg sharekan.. silap penulis, tak tulis 'sekadar gambar hiasan'.. ila pulak jd 1 mslh nak ternangkan para parents kwn syafiqah tu.. penulis kena jawab psl terlanjur meletak gambr tu..hu..

atfina said...

betolla...saya dah tergerak hati rasa itu gambar syafiqah..sbb pernah tgk kat blog ila...
tak patut sungguh diorang nih...kalau saya pon marah jugak!

zailamohamad said...

tak sangka, macam2 cara manusia ni ya..kot ya pon nak jadi penulis novel (atau cerita) boleh je cari ilustrasi komik tempek situ..banyakkan bersabar ya Ilah

Related Posts with Thumbnails