Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

info: cara menyemak IPU di kawasan anda...

owh..jerebu sekarang nampak semakin sgt kronik kan??
aku sgt risaukan keadaan syfqah yg terdedah dgn jerebu tiap kali pergi n balk sekolah...
dah la minah tu br nak pulih sepenuhnyer dr asma dia...
skrg tgh dok cari  face mask jenis N95 utk br pada syfqah..
sbb mask jenis N95 lebih bagus...
kerana N95 boleh tapis udara bersih n boleh digunakan berulang kali...(tp xdigalakkan la)
yg penting... digalakkan gnati setiap hari


ok..berbalik pada tajuk..
aku dok search cara nak tau indeks bacaan udara dlm google..
mudah je..
jadi..kalau korang planning nak kemana...
cth nak gi Melaka ke.. korang tau kat sana berapa teruk bacaan IPU dia..

dia akan tunjukkan status bacaan IPU mengikut kawasan dan masa...
data dr Department of Environment, Ministry Of NAtural Resouces & Environment Malaysia





pada semua...
kurangkan keluar dr rumah/ buat aktiviti diluar rumah...
bykkan mnum air kosong..

aku kopy tips dr blog http://maribinablog.blogspot.com/ utk langkah2 pencegahan ketika musim jerebu

Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu :
  • Kanak-kanak. 
  • Orang tua. 
  • Perokok. 
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. 

Golongan berpenyakit seperti :
  • Asma. 
  • Bronkitis. 
  • Radang paru-paru. 
  • Penyakit paru-paru yang kronik. 
  • Penyakit jantung. 
  • Alahan. 

Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
  • Sukar bernafas atau sesak nafas. 
  • Mata pedih dan berair. 
  • Hidung berair dan kerap bersin. 
  • Kulit badan terasa gatal-gatal. 
  • Sakit-sakit dada. 

Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut.

Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :
  • Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
  • Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). 
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 

cara guna topen N95



No comments:

Related Posts with Thumbnails