Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Air kacang soya homemade

salam jumaat uolls...
hari ni perut mcm xbest la...
dr mlm smlm rasa sebu je..
bkn sakit pertu tp rasa angin memulas2 dlm perut..

ok....ni nak cerita...
dr ahad lepas tekak teringin nak minum air kacang soya buatan sendiri
ms gi giant bl brg utk buat ayam panggang aritu dah siap2 bl kacang soya
n ms gi pasar borong pun dah siap2 bl tapis teh..
ala tapis yg biasanyer kita nmpak kat kedai mamak....
yg mamak buat tapis teh/kopi tu...
nak buat air kacang soya wajib ada tapis tu...
kalau xde, kena cari kain kasa yg ala2 mcm napkin baby tu
sbb bila kita blend soya, nnt dia jd sebuk/hampas halus..

teringat masa kecik2 dulu...
mak rajin buat air soya ni...
so..xde la rasa susah sgt nak buat sbb sgt mudah
cuma nak kena memerah la sikit kacang soya yg diblend ni...
mcm perah santan tp xsentuh tgn pun...

then mencari la masa yg sesuai utk buat air kacang soya..
so...smlm...pepagi b4 gi keje dah rendam dah kacang soya...
blk keje nnt budget nak blend kacang soya tu utk buat air...
er aku kongsi resepi n sikit gmabr je...
yg lain aku copy paste gmbar kat google...
smlm xdann nak snap gmbar sbb nak buat cepat..dah nak msk waktu berbuka 
ngam2 soya masak lepas 3 minit azan magrib...


oh ye...
apa resepi nak buat air kacang soya ye....?
senang je.... 

Bahan-bahan:

Kacang soya 200g
Air 3 liter
Garam 1/2 sudu teh
Daun pandan 2 helai
Gula 


Cara-cara (aku copy dr blog ini) hihi malas nak taip

1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda.

2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

pinjam gmabr: google
tapis air soya guna penapis ini



3. Sebelum di  masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.


4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh. (ni options: boleh jugak buat air gula asing... nnt nak minum kemudian boleh tambah air gula asing ye)

5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.


gamabr pinjam blog Jintanmanis

ni hasil air soya aku

aku dpt 1 teko setengah...
dah minum 1 jug ms buka puasa smlm...
siap2 letak gula n terus minum panas...
yg ni utk simpan minum buka puasa mlm ni pulak...
tp xcampur gula..nnt nak minum tambah air gula...

sesapa yg teringin nak buat sendiri...
silakan... murah, byk n puas minum tau!

2 comments:

Nad MamaZN said...

sejuk3 sedap ni...
nyamannnn jek tekak

syawalsimpsons said...

sedap dapat minum ni

Related Posts with Thumbnails