Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Diet Atkins : Induction phase: Menu & result penurunan berat 3 hari pertama ....

alhamdulillah..
since isnin lepas 27/1/2014 aku mulakan diet Atkins..
semangat berkobar2 nak turunkan berat sbb naik mendadak since raya thn lepas...
aku tau berat naik tp aku buat2 tak tau sebab malas nak kontrol mkn.
tp bila dah  jln rasa peha terhimpit2...
tgk gmbar lengan dah sebesar gajah..
tgk muka dah kembang mcm panda...
owh tidak....! masa utk diet!

tambahan pulak... aku dah xmengepam susu utk imran..
jadi aku rasa dah tak perlu aku nak beriya mkn nasi bagai sbb nak pastikan susu xputus..
sbb mkn nasi pun susu makin lama makin sikit..muahaha
then imran lak dah boleh minum susu Nestle NAN HA dgn baiknyer..
jadi... dpt je info...
baca apakah Diet Atkins... baru aku paham...
aku tau aku boleh buat..
sbb aku pernah buat dulu... kenapa skrg aku xleh ek?????ngengada aku ni...
ok..part paling best... aku ada byk menu Atkins yg boleh aku masak utk pelbagaikan masakan & makanan

ok.. biar aku beritahu...
2 thn lepas... ms aku diet b4 preggie Imran, 
masa tu aku xtau nama diet tu atkins...
aku panggil diet protien je sbb opis aku buat program ni...
makanan masa tu yang  aku tau cuma telur, ayam, daging, tempe n tauhu...
itulah mknn ruji smapai nak naik muak..
pastu dok la panggang n stim...serius xtau nak pelbagai kan cara masak..
bila akak aku bg tau pasal program Diet Atkins...
then dia emel kat aku menu diet n info tentang Atkins...
ya Allah... aku rasa mcm satu sinar baru utk aku stat semula diet ni...
nnt... aku kongsi dgn korang menu2 best diet Atkins ni ye

ok...meh aku share result n Menu Diet Atkins aku utk 3 hari lepas 

27/1/14 (Isnin) :1st day

Sarapan : Scramble egg with onions & cheddar cheese slice
Lunch    : 2 ketul ayam goreng (tanpa kulit) - beli kat f/court je...
Dinner   : Dada ayam panggang yg diperap dgn Heinz BBQ sos

scramble egg - pic: google...malas nak snap...muahaha




28/1/14 (Selasa) : 2nd Day

Sarapan : Scramble egg with onions & cheddar cheese slice
Lunch    : 2 ekor ikan kembung goreng  - beli kat f/court je...
Dinner   : Dada ayam panggang yg diperap dgn Heinz BBQ sos + telur dadar + cheese

(resepi sama ok) malas nak pikir...muahaha

29/1/14  (Rabu) : 

Sarapan : Egg Pizza with chicken slice
Lunch    : Daging Burger Bakar -2 keping
Dinner   : Egg Rolls & Chicken Curry

egg pizza   Pics: Google

beef grill patty : google pic

egg rol & chicken curry...yummy! 
ni mmg aku masak sendiri ye...




ok.. 2 hari pertama... aku masak sama je sbb malas nak pikir menu...
tp utk dinner mmg dada ayam yg bl aritu aku dah siap merinate dgn sos BBQ Heinz aku buat siap2 utk 3 ketul dada...so... blk keje xyah kalut2.. kuar ayam leh telus panggang dlm kuali ajaib je...

tapi hari ketiga dah rajin sikit, pepagi aku masak pizza telur & daging berger bakar aku dpt buat 2 kali masak.., so harini (khamis) aku still mkn daging berger utk lunch nnt...

setakat ni mkn mknn yg sama 2 hari berturut2 kira ok lagi la... tp masuk hari ketiga xlalu dah...
tu kena masak benda lain...

ok... jumlah pengurangan berat badan pulak aku kira pagi2 hari berikutnya kat opis sbb aku stat pun pg hari isnin kan... :

1st day 27/1/14 : baru stat 
2nd day 28/1/14: loss 1.2kg
3rd day 29/1/14: loss 600gram
4th day 30/1/14: loss 300gram

Total loss kg utk 3 hari diet : 2.1 kg!!!!

yesss!!!!!
badan rasa ringan sikit.... 
nak kata kelaparan xde pun sgt sbb pg b/fast jam 8am. kul 1pm aku dah lunch n jam 7pm aku dah dinner...
cuma smlm aku dinner lewat jam 8.30pm sbb blk lmbt dr opis...

rasa lain.... 2nd day la...
badan br nak stabil kan... ptg tu aku ada rasa skit pening ms on d way blk keje...
air liur terasa pekat mcm puasa.. 
so, kena byk minum air..

buat masa ni... aku sendiri buat target, 5hari pertama aku xmau amik sayur lagi
sabtu ni br stat mkn sayur.. 
bab melawas.. ok lagi...2nd day membuang dgn baik...
smlm x... harini xde rasa lg....
tp xpela...sbb xmkn byk n xmkn sayur kan...

papepun... peNurunan berat yg cantik ni buat aku lg bersemangat nak teruskan diet ni...
korang kat luar sana pun leh cuba... jgn segan2 ye..
oh ye... info pasal Diet Atkins korang leh dpt lanjut dlm blog sana..
ramai berjaya... menu pun sama...
tp nnt aku kongsi sikit resepi menu2 Atkins ni ye... daa

Program Diet Atkins... Diet cepat secara percuma...

okeh.. b4 aku cerita progress diet atkins aku..
meh kita baca apa itu diet atkins...
serius..dgn diet ni korang xrasa lapar pun...
sbb skrg byk sgt menu2 best utk kita buat dlm program diet atkins ni...
tp yg penting... no product, cuma kawal mkn je... mmg berkesan!
tp sebelum nak stat.. kena la baca info pasal atkins ni dulu...
dah tau baru lah paham...
dah paham baru lah leh buat...
kan..kan??? 

ok.... jom baca... apakah???



ATKINS DIET
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.




Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.




Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance
Penerangan fasa Atkins = http://bicikut.blogspot.com/2011/09/ada-4-fasa-atkins.html

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap
  11. Kurangkan makanan berproses walaupun rendah karbohitrat (burger, hotdog)
  12. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  13. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  14. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  15. Sate yang dijual dikedai kebanyakkannya diperap dengan gula!
Boleh Makan:
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Minyak

Syarat-syarat Induction:
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  • Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)

Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. 

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. 

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kg dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan. berjalan sudah memadai bagi yg tidak mampu bersukan.

Peringatan: Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)


info: http://bicikut.blogspot.com/2011/06/atkins-diet-cara-paling-berkesan-untuk.html

WWW: kegilaan ku sekarang....

peralatan membaking....
jamu mata je....
daaaa


 pyrex


CorningWare 12 piece French White Bake Set Product


baking tin






beli sikit2... 
tp nak letak mana ye??? 
almari dah penuh...hmmmmm


mencari REMEKIN GLASS...ada sesapa leh tlg??

ok...
nak mintak tlg uolls..
yg kaki masak2 ni..mesti dah ada simpnan bekas memasak yg comel2 lagi lawa2 lg kelas2 gitew..
aku kan tgh mengasah bakat nak mula masak memasak..
muahaha 
terutama jenis pasta, puding, semua..

now otak tgh giler nak bl set pyrex, acopal semua...
buat masa ni aku cuma ada 2 tray acopal je utk kerja2 membakar...
now.. tgh kumpul duit nak bl set pyrex lak...
dlm masa yg sama...
paling aku nak.. aku nak gelas Remekin ni...
penat dok google...
mana boleh beli gelas Remekin ni ye??




xdpt kaler putih ni..
dpt yg clear glass pun boleh...


aku suka kalau ada tutup mcm gmbar atas..
sbb boleh buat byk2...
then simpan peti sejuk... 
xdela terserap bau mcm2 dlm mknn yg dlm peti sejuk tu kan>>>

tlg kengkawan... 
bg tau nak bl kat mana????
xmau la order overseas punyer...
nak dlm Malaysia ni..
xdpt gi kedai.. beli online pun boleh... tlg ea...
plezzzzzzz



sumber: google

tgk org ni baut puding dlm glass remikin ni..
wahhhhh!!!

Update novel baru

ok..last aku soping novel thn lepas beli 5 buah terus tru online..
ahad aritu ke Alamanda... saje singgah ke MPH...
nak menggunakan voucher Watsons VIP card tu... dpt lessRM5 dgn pembelian lebih RM50..
jln2 tgk novel..
ternmpak  novel baru Siti Rosmizah ni...
bc sinopsis... terbaik..!!!

teringat novel pertama aku baca Siti Rosmizah ni...
tajuk dia Andai Itu Takdirnya...
nangis beriya2 aku...
bila bc sinopsis novel baru dia ni...
terus teruja aku nak bl n baca...
lain dr yg lain...kisah gadis gedik, penipu n jahat...

Sipnopsis:

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..

dan satu lagi novel sampingan nak cukupkan amaun RM60 tu...
Hantu Punya Boss...



daaaa



order tanda nama utk baju sekolah...

korang...
kot ada nak order tanda nama kain baju sekolah utk anak...
korang leh order kat Suharti Sugiman ni
leh klik kat nama dia or link ni: https://www.facebook.com/suharti.tugiman

aku order tandanama kain utk tmpal kat bj sekolah syfqah..
saje order byk2.... 
sbb setiap tudung dia kena tmpal nama ni..
sehari selai tudung... .lom cmapur tudung skolah agama...
dia leh adjust nak tulis panjang mana pun nama anak...


untung org ada mesin jahit sulam canggih ni..
leh buat bisness sulam2... tempah nama kat towel bagai.

ok... 
nak tgk hasil keje yg lain...
ini contohnyer...
pilih je nak kaler pe... PM je dia dlm fb ye...
daa...

Program Dietku: Diet Atkins

harini aku stat Diet Atkins




apakah dia diet Atkins..
nnt cerita ye...

kita tgk progress minggu pertama tanpa karbo...
tanpa sebarang mknn sampingan.. jusmate, shaklee, herbalife or wat so ever

smlm soping kat Cool storage kaw2 bl stok mknn seminggu...
nak diet mmg mkn byk duit...
tp hasil dia.... insyaallah... kena betul kental xmkn nasi bagai...
insyaallah boleh..
dulu pernah buat diet atkins ni..
diet b4 ngandung imran dpt turun kat 10kg xmkn nasi jugak...
kali ni sbb dah lama xdiet...
mmg agak berat... 
tadi bau opismate bakar roti toast-em mcm nak terkam je...
tp kuatkan semangat... tabahkan hati ila oi..

yg nyata jugak...
basikal lama dah turun bawah dah...
lama tersimpan dlm bilik kerja hubby xpernah guna kat 5thn...
sian...

ni basikalnyer...
kiki....
irfan jadi model menyebok..
nnt leh senaman pagi2 dlm 15-30 minit...
dulu 15-30minit tu guna utk pumping susu..
stat last week aku x pumping lg dah..
so..kita tukar rutin dr dok relex tunggu susu penuh ke bekerja kuat buang lemak kat badan ye dgn mengayuh basikal...

ok dah.... 

basikal motor...

aritu....
gi kedai basikal...
nak repair tayar basikal irfan....
dah belong dan rantai tercabut...

skali,,,
nampak la ada sebuah basikal mcm motor srambler...
then..saje suruh irfan test naik...
smart oo...
sebijik mcm motor scrambler....

tgk..naik basikal motor dgn bergaya...

tgk dari side satu lg....
mmg cun la basikal ni...

aku siap tanya anak tokey yg repair basikal irfan tu..
kot leh convert basikal sediaada ke basikal canggih ni..
tp xboleh maaa....

lepas repair basikal..
bayar n balik...
dpt free limau lagi..biasalakan...
kata nak gong xi fa cai...hihi


balik tu irfan tanya: "mana basikal motor abang?"
mama: :"eh! bila masa mama ckp nak blkan abg basikal tu??
irfan:" tadi mama suruh abang naik... mama nak belilah...
mama: "xla.. mama saje nak suruh abag test naik.... basikal tu lawa..."
pelagi... terus nangis2 irfan suruh bl basikal tu...
sory lah bang... bkn mama xmau beli..
tp mama xmampu nak bl... nnt pakai kejap je...
nak tau bape harga besikal tu???

tu ha harga dia...
RM399.... fengsan...!!!

baik mama beli sebijik MTB utk mama..
boleh excersize  sama2 mengayuh basikal 1 taman beramai2 dgn abg, kakak n adik..

mama dah aim basikal yg mama nak...
harga dlm RM499... 
cun kan???? 
hihi...

daaaaa


mesyuarat PIBG

harini.. menghadiri mesyuarat PIBG sekolah syfqah kali ke2 dlm hidup...
cuma dah pandai sikit.... xdtg awal... 
dtg ngam2 ms nak mesyuarat...
muahaha...


kalini pakcik kantin berdebat... hamik ko
 kes harga mknn mahal....ok.. kes masih berdebat...


penat nunggu...
kul 12.30 aku cabut...daaa

Masak-masak: Beef Lasagna.... BERJAYA!

owh...
suka..bangga.. ceria...
2nd attemptedmemasak Lasagna Daging...
pengalaman pertama banyak mengajar....ewahh!

ok... 2nd time bl brg dah well prepared jugak...
dah tau byk mana nak pakaikan...hihi

ok..step msk xyah tunjuk...
tp kita tgk kuah bolognies nyer yer...
lebih banjir kalini...hihi 

dan sos putih pun... lebih byk n xpekat sgt...
ala caranyer... jgn masak lama sgt..
lagi lama masak..lagi pekat...tp dlm ms yg sama aku lebihkan susu sebenarnyer

ok... kepingan lasagna pun aku celur dulu...
lama or kejap...rupa dia sama..tp lembut la sikit

then sesi melapis kalini aku  ikut step dlm satu youtube video tu
lepas letak kepingan lasagna...terus sapu dgn sos putih dulu

biar dia betul2 rata kena pada kepingan lasagna ni

then baru letak kuah daging tadi 
than tabur mozarella cheese...
lagi byk lagi bagus...
aku xboh byk....hihi
ulang step smapai habis...


ni rupa ending.... siap tabur chez parmesan byk2
barulah masak...

masak sama mcm aritu...
tutup dgn aluminium foill

dah lepas masak....wallah!!!
perfecto...
italian beef lasagna!!!
 siap bwk gi opis....



Related Posts with Thumbnails