Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

projek kuih raya 2015: Red Pearl Cookies

okeh...
projek kuih raya kedua...
bahan2 dah adakan...
kena buat jugak...
gigih bl brg modal dalam Rm25 je pun...
so...utk kuih raya kedua aku buat hari sabtu lepas..
tempoh buat sejam siap bakar...
giler senang kuih ni..
tp xpt xle byk..dalam 80bijik kot...
n mcm biasa...1st bakar mmg akan hangit setray...
hadus...
sgt rugi di situ..


ok...
mcm biasa...tetap resepi dr blog Azlita Masam Manis jugak...
mencuba buat kuih ni sbb katanyer resepi yg senang n xperlu gunakan mixer...
bancuh pakai senduk je...

Ok jom tgk resepi
Copy paste je dr blog kak azlita...


RED PEARL COOKIES

Resepi Oleh : Jaja FnR






150gm butter 
150gm tepung gandum 
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes 
50gm coklat cip 
25gm almond nibs 
1st esen vanila 
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang  






Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi





Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara


biskut dah siap dimasak

 Bakul hamper papa dpt buat letak bekas kuih raya...recycle je...

Ada 2 biskut dlm perancangan nak buat..
sugi arab n choc chip...tp bila tu...
syfqah masih belum discharge hospital
mlm2 aku akan berkampung di wad teman syfqah tido....

Hai la...raya lg 2 hari je ni...mmmm

1 comment:

cik hani said...

wahh..sedap ni..

Related Posts with Thumbnails