Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

projek kuih raya 2015 : Almond London paling sedap

owh....
hari dah raya..
tp kisah buat kuih raya xabis upload...haha
ok..ni kuih raya hari terakhir puasa aku sempat buat...
kisahnyer aku order almond london dr kwn opis..
smapai ke sudah xdpt..
tiap2 tahun xpernah miss order kuih ni
tp thn ni kata ibu mahal sgt...
sbb every year mmg order dgn kwn mak mertua...


jd..cuba order dgn kwn opis...xdpt lak
so.....sbb kuih order xde..pe kata kita cuba buat sendiri
tgk resepi mcm senang....
so...aku search kat 4-5 jenis resepi...
hampir sama teknik buat..
tp ada beberapa perbezaan bila nak buat biskut dia
sbb...ada yg letak nestum dan ada yg letak conflakes
ada yg xletak pun tp letak emplex
ada yg letak telur sampai 2 bijik...ada yg sebijik je...
kesimpulan...
aku amik resepi letak nestum sbb aku rasa mesti sedap...
nestum pun dah bau harum..
inikan kalau masukkan dlm adunan...mesti lg sedapkan...
jadi....guna resepi ni....n serius mmg sedap ok...




 Almond London
Resepi oleh: wanista
  • 250 gm mentega
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung 
  • 4 oz / 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telor
  • 1 tsp esen vanila
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya - aku guna coklat compund
  • Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
Cara-cara penyediaan
1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian  esen vanila dan pukul lai... seterusnya masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.



3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukkan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.


4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.

5.Cairkan coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.
aku gunakan coklat compound Berryl's...xperlu letak butter or minyak..sbb coklat ni mmg berkilat pun....hihi



6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji – biji.

7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.

8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara. Macam aku nak dia cepat sejuk...aku masukkan dlm peti sejuk 5 minit...coklat keras dgn cepat....haha




sgt best buat almond london ni...
utk adunan ni.....sepatutnya boleh dpt dlm 150 bijik..
tp sbb aku 1st time buat..aku xleh agak besar mana almond london ni
rasa mcm cukup besar or cukup kecik..
bila bakar...biskut ni kembang sikit..
n kalau bakar...warna dia tetap kuning ye...
so mcm aku sbb buat kejap kecik..kejap besar..aku dpt dlm 110 bijik je
nak celup coklat pun agak renyah kejenyer
ada yg aku susun dlm papercup tu then aku curah coklat...
mana yg senang la...

kesimpulan....
korang pun leh cuba buat biskut ni...
cost pun murah..... yg penting...gunakan coklat berkualiti ye..
dijamin akan sedap la almond london korang....daaa

No comments:

Related Posts with Thumbnails