Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Petua Menarik rezeki: Sedekah subuh....jom kita amalkan...

terbaca dalam FB pasal sedekah subuh ni....
mari kita amalkan secara istiqomah....

KEAJAIBAN SEDEKAH SUBUH
CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.
1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? ( seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti
9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH
APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?
Antara cadangan :
1. Beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin:
Ada hamba Allah yang bertugas melaksanakan kerja amal ini, setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi untuk memasak bagi anak-anak yatim tu.
Duit yang dikumpulkan diamanahkan kepadanya untuk dia memasak dan mengagihkannya.
Setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH hamba-hamba Allah.
Ada yang sudah mula mengamalkannya selama10 tahun yang lepas
2. Cadangan kedua:
Agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu
TUGAS ANDA SEKARANG?
1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. Viralkan projek ini - saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA - siarkan kisah suka duka anda kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula dari kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan...
Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.
Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua..

No comments:

Related Posts with Thumbnails