Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Jom Bercuti Santai Di Melaka

Bismillah....
Assalammualaikum semua....

Amacam persiapan raya?? dah byk beli..
aku part utk anak2 lom lg..n this year xbape meriah la
ok.... tu part persediaan raya..
part nak beraya pun kena dah set dari awal ok..
perjalanan nak beraya kena planning awal2...
this year aku plan nak beraya ke Muar sbb thn ni gliran beraya dgn family aku di sentul...
so... raya ke2 plannya kami akan beraya  ke rmh sanak sedara di Melaka dan Muar..
ni kalau dah sampai Melaka balik tu kebiasaannya aku wajib singgah jln2 kat area bandar Melaka...

korang dah pernah sampai ke Melaka tak?
Haa yang tak pernah pergi tu, please go. 
Jadikan Melaka sebagai one of list destinasi percutian korang.
Melaka terkenal dengan tempat-tempat bersejarah peninggalan Kerajaan Kesultanan Melaka dan juga penjajah. That’s why la Melaka known as Bandaraya Bersejarah. Untuk pengetahuan korang Pihak UNESCO mengisytiharkan Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia tau!! 
Selain daripada tarikan tempat sejarah, banyak lagi tempat menarik korang boleh pergi seperti pantai, taman tema dan makanan yang super-duper sedap.
Thats y mcm aku... kalau ke Melaka ni mmg gi cari tempat best2 n tempat mkn best2 utk jln2 n makan2..

Bila datang Melaka, tak perlukan korang risau tentang penginapan..
Cakap je korang nak penginapan yang mana?
Hotel berprestif, resort menarik, homestay murah dan hotel bajet semua ada.
Antara hotal yang menarik di tengah Bandaraya Melaka ialah La Boss Hotel Melaka



Hotel ni terletak di Melaka Raya.
Dekat dengan Pusat beli Belah Mahkota Parade dan A'Famosa. 
Jalan kaki jer pun boleh ok....
Kemudahan utama yang disediakan ialah wifi, kolam renang, restoran, penyaman udara serta tempat parking..
aku kalau gi hotel ni selain bilik yang selesa...
parking kereta adalah wajib ok...


Selain itu, korang boleh pilih untuk menginap di Explorer Hotel.
Hotel ini pun dekat je dengan Mahkota Parade, Menara Taming Sari, A'Famosa dan Flora de la Mar Maritime Museum.
memang kat tengah2 bandar la..




Kesemua destinasi ni sekitar 0.35 km sahaja dari hotel.  
Kemudahan hotel ini sama je macam Hotel Explorer.
 Cuma tiada kolam renang. 
so..kalau korang plan nak jln2 sekitar bandar melaka sgt sesuai...

Imperial Heritage Hotel Melaka pula berada berdekatan dengan Hotel Explorer dan La Boss hotel.  


Hotel ini menawarkan kemudahan penyaman udara, parkir, kolam renang, restoren dan wifi percuma.
 Banyak lagi hotel sekitar Bandaraya Melaka yang memudahkan korang untuk melawat tempat bersejarah.
 Banyak je harga hotel bawah RM100.00.
Mencari hotel murah dan selesa? 
xya pening2...
korang boleh dapatkan harga runtuh untuk the best Malacca hotels in traveloka..
Berbaloi-baloi.....serius..
 Tak cayer pi download apps traveloka sekarang ok.
kalau korang Melaka nanti jangan lupa untuk lawat dan lihat kesan peninggalan sejarah silam.
 Antaranya ialah Kota A’ Famosa.
 The most popular place. 
Every day, tempat ni penuh dengan pelancong. 

tempat wajib lawat...
kota A Famosa... siap naik beca.. haha



Selain itu, Bangunan Stadhuys.

 Bangunan ini adalah penempatan rasmi Gabenor Belanda yang dibina pada tahun 1650. Di dalan banggunan ini terdapat beberapa buah Muzium Melaka iaitu Muzium Sejarah dan Etnografi. Berada di dalam muzium ini korang dapat membayangkan corak kehidupan masyarakat tempatan berbilang bangsa seperti adat istiadat perkahwinan, cara kehidupan seharian.  Sebelah muzium ni ada Galeri Laksamana Cheng Ho. Korang boleh dapatkan info-info dan kisah pelayaran Laksaman Cheng Ho. Ada replika kapal tau.
 Bolehla amik gamba. Actually banyak lagi muzium dalam bangunan ni. Nak tau kene lah pergi sana. Haha.

dtg sini kalau x amik gambar kat area jam merah ni mmg xsah ok

Ok aktiviti-aktiviti lain yang korang  boleh lakukan yang lebih santai adalah melawat Menara Taming Sari. 
Haaa di sini adalah great location untuk korang lihat dan nikmati panorama Bandar Melaka dari atas menara. 
Menara ni akan berpusing 360 darjah. Jadi korang dapat nikmati pemandangan keliling bandar. 
Antara tempat menarik korang boleh lihat selama 7 minit ialah Banggunan Memorial Kemerdekaan, Bukit St Paul, Muzium Samudra, Dataran Pahlawan, Masjid Selat Melaka dan kebiruan Laut Selat Melaka. 
Yang gayat tu pegangla besi pemegang tu kuat-kuat yer. Hahah. 
Oh ya ticket price bagi dewasa ialah RM20.00 manakala kanak-kanak hanya RM10.00.

aku lom pernah lg naik menara taming sari ni..
tp insyaallah,,, akan naik menara ni bila dtg sekali lg...

Lepas tu boleh la pergi ke Sungai Melaka. 
Jangan pulak korang pergi mandi kat sungai tu pulak. Tempat ini adalah tempat pelancongan di mana korang boleh menyusuri Sungai Melaka dengan bot pelancongan untuk melihat pemandangan yang awesome. 
Better pergi waktu malam sebab rumah- rumah dan banggunan di tepi sungai dihias dengan lampu yang colourfull. 
Pemandangan yang sangat cantik dan menenangkan. 
Cuma korang akan terganggu sikit dengan bau sungai. 
Tapi taklah teruk sangat...tp serius best...


Dah jalan-jalan for sure perut tu berkeroncongkan. 
Rugi kalau korang tak cuba dan cari makanan yang sedap dan popular di Melaka. Menu makanan tradisional orang Melaka paling popular sudah tentulah tidak lain tidak bukan Asam Pedas Melaka.  
Banyak tempat yang jual asam pedas ni tapi tempat yang terbaik untuk  makan asam pedas adalah di Restoren Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. 


Kalau takut dan confius kedai yang mana, amik alamat ni ha:
 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana 75200 Melaka.


 Antara pilihan masakan asam pedas ialah ikan pari, kembung, tenggiri, telur ikan, daging tetel dan sebagainya. 
Hidangan ni set dengan sambal belacan, telur masin dan sedikti sayur.
Kuih tengah hot di Melaka iaitu kuih keria antarabangsa Haji Jalil. 
Nak rasa kuih ni korang perlu tahap kesabaran yang tinggi untuk terjah tempat ni. Punyalah ramai orang.  
Terletak di kampong Limbungan dan beroperasi dari 1.00 pm hingga 6.00 pm.


Nak lagi? Pergi perkena Klebang Original Coconut Shake. 
Pergh kalau makan time waktu panas memang menyamankan. 
Rasa air ni betul-betul kaw. 
Boleh rasa ketulan halus kelapa kenyal dan terdapat aiskrim vanilla. 
Kedai ni dah maju siap ada 2 bahagian iaitu take- away sahaja dan kedai untuk pengunjung nak makan di situ juga.



Oklah cakap banyak pun tak guna. Nak tau best ke tak Negeri Melaka ni. Kenalah pergi sendiri ke sana!!
 Dah pergi nanti jangan lupa pula share pengalaman, gambar dan aktiviti korang dengan aku okey. Daaa.

2 comments:

lia ummiirfan said...

Bestkan bawak family jalan-jalan cuti. :)

Iela Fazielah said...

lia..betul tu....sambil bercuti blk kampung...menyinggah la.....

Related Posts with Thumbnails