Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Aku pindah semula ke paragon

Bismillah...
Sekadar catitan...
Ya aku pulang semula kerumah paragon
Sebenarnya...since bln 12 aku dah berbincang dgn arwah mengenai isu rumah...
Rumah tempat tinggal kami
Rumah kami beli dgn hasil titik peluh kami sendiri..
Rumah kami byr bersama
Rumah kami hiasi dgn indah...
Rumah kami dpt jiran2 yg baik
Selama hubby sakit dan tidak bekerja rumah ni hubby byr dari akaun 2 kwsp arwah...
Aku masih kekal membyar bahagian aku dari gaji aku...
Then sampai 1 tahap hubby maklumkam yg akaun kwsp 2 dia nnt akan habis bln jun 2020..sbb bila xbekerja duit xbertambah...
Aku syg rumah ni... aku nak terus jaga rmh ni...
So aku ckp kat hubby jika dia xmampu byr rmh ni nnt aku akan byr rmh ni
Tp aku perlu pindah semula ke paragon
Sbb sepanjng tahun 2019 aku pindah sementara ke kuaters utk urusan persekolahan anak2... dgn kami mengalami masalah kewangan yg terhad.. tinggal di kuaters byk membantu aku menyelesaikan masalah berkaitan persekolahan dan urusan harian kami
Tp duduk di kuaters bukan percuma..
Aku still byr sewa tp amaun byr sewa di dpt merangkumi duit minyak kete aku gi kerja, yuran transit anak, yuran bas sekolah anak..malahan lg byk aku dpt berjimat..

So... aku ckp kat hubby awal bln 1 aku akan tender utk notis keluar... dalam bulan 2 aku akan prepare utk kuar dgn hntr barang sedikit sedikit dan akan mula berulang alik ke upm. Kira mcm cubaan la...sebb nak set semula timing pergerakan ke sekolah dan tempat kerja...
Sebab anak2 masih kekal bersekolah di sekolah sekitar seri serdang...

So planning by mac aku dah kuar sepenuhnya dari kuaters dan gaji mac upm xtolak lg dah duit sewa rmh kuaters..
So urusan pindah rmh mcm sewa lori semua, pindahkan astro, aircond dan lain aku boleh guna duit sewa kuaters yg dah xtolak lg tu...then duit selebihnya utk aku standby duit minyak kereta, top up beli brg pasar dan simpan utk servis kereta. Sbb aku tau bila aku berpindah semula ke paragon..byk benda aku kena byr dan uruskan nnt... aku stat akan byr penuh rmh paragon ni dlm bulan jun 2020.
Mcmm tulah planning dia lebih kurang...

Tp aturan Allah kan...
Ngam2 aku stat pindahkan brg2 dari rumah kuaters ke paragon awal bln februari masa 1 dan 2hb tu..
Tiba2 arwah meninggal pada 4hb...
ALLAH...xtergambar kesedihan aku...
xterfikir Allah duga aku dgn pemergian arwah secepat ini
Tp aku tau..ada byk hikmah Allah nak bagi utk aku dan anak2...
Lepas hal arwah meninggal settle..
Aku perlu uruskan hal pindah rumah
Aku bersyukur sgt sbb kawan baik arwah byk tlg aku..sgt byk...
Kalau x aku xtau nak buat macammana sorang2 nak pindah rmh
Aku mmg mengharapkan adik ipar aku (suami adik2 perempuan aku) utk tlg aku angkat brg ms pindah brg nnt
Dgn budged terhad aku sewa lori tanpa atendan...
Nasib kwn arwah dtg hulurkan bantuan...
Dialah yg tlg bukak semua katil,
Cabut n bukak ampaian baju, semua benda2 yg dipasang didinding la...

Then 14 februari 2020...aku sewa lori utk pindahkam brg ke paragon
Alhamdullillah selesai urusan perpindahan
1 perkara.... aku akui aku sgt berat mulut utk mintak pertolongan orang sbb aku malu nak mintak tlg org
Arwah xsuka kami bergantung harap pada org lain.....islam pun xajar kita meminta2...
Aku cuba buat sendiri dan uruskan mana aku mampu
Tp bila ada org call dan bgtau nak hulurkan bantuan...aku tidak akan menolak
Sbb pada aku niat mereka baik utk bantu aku...
Satu side aku nak bantu balik mereka dapatkan pahala membantu ibu tunggal dan anak2 yatim.... bahagian mereka...
Ya.. tgn yg memberi lebih baik dari yg menerima...
Semoga segala kebaikan mereka membantu aku dan anak2 Allah akan gandakan dan luaskan rezeki mereka, Allah beri kesihatan yg baik buat mereka sekeluarga dan Allah mudahkan urusan mereka sebagaimana mereka mudahkan urusan aku sekeluarga. Itu doa aku utk semua org yg sentiasa tlg aku dari dulu hingga kini... amin
.
.


Ms ni lepas pindahkan brg..operasi cabut piring astro la pulak




Terima kasih ery dan kawan2 yg membantu...
Adik2 aku manja dan siti serta suami mereka rizal dan acai yg membantu
Ada barang2 rmh2 rumah kuaters aku jual dan sedekah
.mcm meja mkn dan peti ais aku jual murah pd adik aku, tilam dan sofa aku bg kat adik aku
Brg lain mcm katil mmg brg asal rumah paragon aku bwk balik semula la...


Alhamdullillah selesai urusan pindah
Aku kemas bersih2 rumah kauaters
Aku serahkam kunci rumah pada hujung februari...
Byk jasa rumah kuaters..
Byk jasa upm tlg aku
Byk jasa pegawai2 upm yg tlg aku mendptkan rumah ni..setahun...xlama
Tp tempoh setahun ini byk perkara aku lalui.... aku tetap bersyukur sbb Allah sentiasa mudahkan urusan ku...
Niat aku buat kerana Allah taala..
Utk suami dan anak2 aku dulukan
Utk diriku yg terakhir
Doa aku sentiasa...Allah berikanlah kesihatan yg baik utk aku, rezeki yg luas, melimpah ruah dan berkat utk aku dan anak2 serta urusan aku sentiasa dipermudahkan supaya aku boleh jaga anak2, arwah suami aku dan kerjaya aku dgn baik kerana Allah taala...amin


Next aku cerita pasal hal lepas pindah pulak ye... dah....

Majlis tahlil utk arwah suami

Bismillah
Aku abadikan catitan berkenaan arwah hubby di sini...utk tatapan aku dan anak2 suatu hari nnt
1st aku ucapkan terima kasih pada semua org
Terutama utk jiran2 ku
Dari ms arwah sakit...semua xhenti2 tanya khabar
Bantu aku... tgk2kan rmh dan arwah
Msg aku ckp kalau xnampak arwah keluar excersize... semua sentiasa concern pd kami
Sampai hari arwah meninggal
Xde sorang pun xhadir di masjid
Solat jenazah sama2 dan hntr ke tanah perkuburan
Meraka juga yg bawa anak2 aku irfan dan imran
Mereka juga tlg aku ambilkan gambar
Mereka org terakhir gerak dari masjid bersama2 aku dan anak2 selain mak dan kakak aku
Org lain semua dah balik...

Ptg tu terus mereka maklumkan ada majlis tahlil dibuat di surau rumah kami
Hal2 berkaitan tahlil..jemputan dan makanan semua mereka uruskan
Mereka cuma msg aku maklumkan dan minta kebenaran
Aku ckp buatlah apa yg patut

Jiran2 arrangedkan tahlil selama 3hari berturut2
2hari tahlil buat di surau rumah dan hari terakhir buat di rumah ku
Aku ucapkan byk2 terima kasih pada semua
Pada persatuan penduduk dan KRT LEP 1
yg sama2 uruskan hal tahlil dan sumbangan bantuan utk aku dan anak2 sekeluarga

Aku share gambar2 sekitar tahlil hari pertama dan kedua disurau. Terima kasih abg yan jiran sebelah yg rajin snap gambar dan kongsi





Tahlil disurau diadakan selama 2 hari berturut2..
Then tahlil hari ke3 pihak persatuan penduduk request utk buat di rumah aku.
.
.
Actually aku xmenghalang dan xde bantahan..cuma dlm aku masih sedih tu aku ckp kat jiran2..kalau korang nak buat dirumah korang kena tlg aku susun kerusi meja..
Aku mmg xleh pikir apa... hati sedih...otak bercelaru...byk benda nak fikir..
Anak, urusan arwah, family sana....mcm2 la..
Tp dlm masa yg sama aku bersyukur...
Aku sgt gembira bila mereka menyatakan hasrat nak buat tahlil dirumah sbb sekurang2nya rumah ini akan bergema dan dipenuhi dgn bacaan tahlil dari mereka..

Dlm tempoh setahun lebih rumah ni kebanyakan masa rumah xdidiami pun sbb arwah lebih byk tinggal di ward berbanding rmh..
Then arwah pun duduk di rumah dulu pun byk duduk berkurung dlm bilik...
Aku balik sabtu ahad je...
Kadang2 xbalik pun

Maka... masa majlis tahlil di rmh aku ni mmg sepenuhnya diuruskam oleh jiran2 ku
Mereka yg tempah makanan
Jam 4 ptg ada yg hntr tikar
Jam 6 ptg amy dan beberapa yg lain tlg bentang carpet dan tolak kerusi ke dinding
Aku ms ni gi jemput anak sekolah
Hari ke2 aku dah sekolah kan dorang
Aku stress xleh dgr bising2
Nak msk mmg xmampu lg
Lg pun aku ke hulu kehilir uruskan mengenai hal arwah..nnt budak2 terabai..
Bergaduh time main...mak pun ada rmh seminggu dok dgn aku..teman aku...
Kang mak pulak penat..so aku hnrr ke sekolah

Then mlm tu jam 7.30 mlm family aku dtg, family mertua dtg... jiran2 dtg, kwn2 arwah yg tnggal berdekatan dtg
Mereka bwk juga makanan...byk sgt
Aku jemput cikgu taska sbc dulu sbb diaorg kenal arwah..siap main bedminton sama2 dulu....












Majlis tahlil dan org lelaki semua duduk di beranda rmh...


Syfqah dan cousin dia zahra

Majlis tamat dlm jam 10.30mlm
Aku ucap twri.a kasih xterhingga buat semua jiran2 aku yg byk bantu aku
Adik2, mak dan along
Mknn byk semua org tapau bwk blk
Sblm balik aku ckp kat jiran2 aku...
Aku nak bergambar dgn dorang
Pada aku skrg..mereka kekuatan aku
Siapa yg ping dekat dgn kita bila kita berkeluarga dan tinggal?
Of course our neighbour
Ye mereka paling rapat dgn kita..org yg sentiasa ada bersama kita
Akubersyukur dpt jiran tetangga yg sgt baik dan takecere each others


Adik beradik maybe jauh...
Selain jiran kwn2 opis aku
Tp mlm tu opismate aku xhadir..
Aku xkisah pun diarg xhadir..sbb itu yg terbaik juga...

Terima kasih nana, amy, ain, nor, lina, ainnur yg byk tlg aku
Aku syg korang

Korang, family aku, anak2 dan kwn2 yg byk bantu aku adalah kekuatan aku.. 

ALFATIHAH UTK SAYANGKU 
ZUL IRWANDI MUSBAHUDIN

dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang

Diusia 40thn engkau pergi
Diusia hampir 40 thn aku bergelar balu
Aturan Allah itu indah...
Ada hikmah disetiap kejadian
Mohon semua kawan2 dan kenalan mendoakan kesejahteraan utk arwah suami ila dan utk ila sekeluarga
Besar amanah ila skrg utk menjaga amanat arwah dan anak2 yatim...
Semoga Allah snetiasa mudahkan urusan ila dan anak2 dan luaskan rezeki kami sekeluarga.. amin

AL FATIHAH






engkau pergi jua suamiku

bismillah...

hati dan diri ini masih bersedih..
tp aku kuatkan diri utk taip n3 ini
tanggal 4 Februari 2020 hari selasa 8.25 pagi
bersaksikan diri ini di dalam wad ICU
engkau pergi jua suami ku
tenanglah engkau di sana menemui pencipta kita Allah SWT


sebagai isteri...siapa yg xterkesan
dlm tempoh 12 jam dari last aku cakap dan bersembang dgn arwah jam 6.20 ptg
bertanyakan keadaan arwah… sambil tunggu Imran balik sekolah
dia jwb telefon dgn baik berborak cerita pasal kek
cerita pasal result CT Scan yang dibuat ptg tu
tiba2 dia ckp dia rasa susah nak nafas..nafas pendek2
aku xnak dia rasa penat n mengah aku cepat2 akhiri perbualan
berharapkan esok aku dpt jumpa dia bwk kek
lama xjumpa arwah since last aku jumpa dia 31 januari Bersama syafiqah..



kondisi aku yg xberapa sihat since awal januari akibat tuntutan kerja yg buat aku blik setiap mlm jam 9.30 mlm
urusan anak2 yg mula bersekolah
keadaan cuaca dan penyakit mcovi buat aku jarang jumpa arwah
lg pun arwah xbg aku dtg kalau aku sakit
aku tau dia nak sembuh….dia nak sihat..
aku akui dan aku ikut apa je kehendak dia

tp tenghari isnin tu aku mmg betul2 rasa xsenang duduk
berkali2 aku call dia ckp nak dtg dia xbg
dia mmg lemah… dia ckp dia puasa sbb nak buat ct scan
aku xleh rest tghari tu...aku menangis n bercerita dgn akak opis ckp pasal arwah asyik menyebut nak mkn kek
aku ckp aku xdpt bayang kalau dia xde
ptg tu dpt call lg n borak aku rasa seronok sgt

tp tiba2 jam 8mlm doctor di wad BMT call ckp suruh dtg
aku paksa doctor utk bgtau nape aku kena dtg
dr. ckp diaorg nak buat prosedur intube dan nak tolak arwah ke ICU sbb arwah hadapi kesukaran bernafas
terus bergerak laju jantung aku.. cepat2 bersiap n ajak anak2 ke hospital
call mertua suruh dia dtg jugak
sampai2 arwah dah ditidurkan dan sedang di intubated
kami sampai jam 9mlm
tunggu sampai jam 11.30 mlm baru wad icu ready n arwah ditolak msk ke ICU
sepanjang masa aku tunggu ditepi bilik dan lihat suami dipam oksigen secara manual
aku menangis sepanjang masa...
aku xbercakap apa dgn mertua..hanya tunggu  di tepi tingkap dan bilik suami


jam 11.30 mlm icu ready dan suami ditolak masuk ke icu
aku follow sampai ke pintu icu..aku amik video


aku berdiri di pintu icu..sekejap duduk dan berdiri
kak halilah called aku tanya progress suami...lama kami berborak selepas aku upload dlm ig minta doakan hubby semoga sembuh..
kak halilah baru kehilangan arwah suami dia awal januari lepas
dia nasihatkan aku agar bersabar..

jam 12.30 mlm selesai prosedur dan doktor panggil aku dan mertua
doktor terangkan apa yg berlaku pada hubby...
ada pendarahan dlm perut dia... darah hitam keluar dari perut dia
dan ada pendarahan pd salur pernafasan dia...
fungsi organ dia xcantik...ada jangkitan kuman diparu2 dia...
Allah..menangis aku dengar
dgn dia yg lansung xsedarkan diri...anything can happen
aku berdiri disisi hubby..cuba berbisik ditelinga dia...
aku sayang dia..aku maafkan dia...
aku mengucap ditelinga dia....
Allah... xtergambar perasaan waktu tu

jam 1.30 pg aku ikut ibu pulang ke BTS... doktor kata arwah kritikal tp nmpak stabil..
doktor suruh kami rest..
aku blk rmh ...tgk anak2 dah tido...aku bersihkan diri n baru hendak baring
doktor call jam 2pg suruh dtg semula... sumai sangat kritikal
terus aku kejutkan ibu dan bapa..kami bersiap ke hospital semula.
dotkkr pesan bgtau semua adikberadik suami sekali..
ibu terus call semua adik beradik hubby yg jauh dan dekat utk pulang..
dlm kereta bapa pesan jika andai itu adalah yg terakhir utk suami..
urusan mengkhafan biar buat di hospital sahaja..aku diam
dlm hati aku berdoa jgn jadi apa2 kat dia... aku harap dia pulih semuala...

kami tiba di hukm jam 2,45pg... dr. baru lepas buat cpr...
keadaan suami sgt tenat..
sorang2 adikberadik hubby tiba..
meraka baca yassin bergilir2..
aku tgh uzur... aku xdpt bc yassin..aku tanya ibu..apa boleh aku buat
ibu usurh aku mengucap ditelinga hubby..aku ulang2 mengucap utk dia
tp aku tetap nak bacakan yassin utk dia..
aku minta kebenaran nurse utk buka bacaan yassin sambil mulut aku ikut membaca ...
semua org tunggu diluar tp aku setia disisi hubby
jam 4pg aku sgt penat n terlelap..aku duduk diluar icu..then jam 5 adik ipar suruh aku rest di surau hopital dgn ibu mertua
lepas azan subuh dan ibu solat kami kembali ke icu
aku duduk disisi hubby... berbisik pada dia..aku sayang dia
aku maafkan dia...aku mengucap utk dia..
aku buka bacaan yassin dan ikut sama membaca..
ms ni ibu mertua dan adik beradik hubby pulang sebentar ke rmh BTS
tinggal aku sorang tunggu hubby

jam 7.30 mlm kepala aku pening sbb seharian xmakan dan menangis,,,
eceli sepanjang siang isnin mmg aku xmakn sbb aku menangis asyik terfikir tentang hubby
aku mintk izin kat nurse utk turn ke kafe dan jamah sdikit mknn jam 7.30 pg
ngam2 sampai cafe boss aku dr. F call tanya khabar..dia tanya aku diamana
bila aku ckp aku turun utk alas perut...dr. suruh aku naik atas cepat2...jgn tinggalkan hubby sorang2 cepat2 aku mkn dan 7.45am aku naik semula ke icu

masa tu aku sampai aku masuk dan duduk disisi hubby
aku salam dia..aku cium tgn dia..aku belai dia..aku xsangka itu adalah yg terakhir aku pegang dia
then doc n nurse nak bersihkan hubby n tukarkan salur tuip intubate sbb sepanjang masa sambil bernafas hubby aku muntahkan sejumlah darah dari mulut dia
aku tunggu depan bilik dan lihat mereka buat prosedur
tiba2 masa mereka buka salur pernafasan tu...
hubby muntah dan non stop..aku nampak dan aku saksi
aku terjerit di luar jendela..
doktor yg diluar terus arahkan aku keluar sebentar dari ICU
xsampai 20saat aku berjalan keluar doktor panggil utk mintak permission buat cpr
then suruh maklumkan pd family hubby yg dia dah nazak
mengeletar aku call ibu suruh dtg
lepas letak telefon dlm3 minit...doktor dtg semula pada aku maklumkan hubby xdpt diselamatkan
Allah..... rasa nak pecah jantung aku...aku menangis...doktor mohon masa 5minit utk bersihkan hubby
pendarahan non stop dan jantung terhenti....hubby xdpt diselamatkan
aku call ibu yg ms tu dlm perjalanan ke hukm..

lepas doktor bersihkan arwah...aku terus duduk dgn arwah
aku nampak dada dia masih berombak walaupun smua mesin telah dimatikan
aku berbisik ditelinga dia...aku mengucap
aku bgtau aku maafkan dia..aku minta maaf dari dia dan aku ckp aku sayangkan dia sepenuh hati aku
aku relakan dia pergi...aku cium dia buat kali terakhir
aku cium dahi, pipi dan tgn arwah....dia pergi akhirnya

Arwah 5minit selepas doc sahkan arwah dah xde

jam 9 ibu dan anak2 tiba...
seterusnya urusan mengkhafankan arwah
aku call masjid upm utk uruskan van jenazah, solat dan pengebumian
pihak hospital uruskan utk mandikan dan kafan
aku call semua org dan hntr mesaj maklumkan pd semua kwn2 arwah tentng ketiadaan arwah..
itu yg mampu aku buat

semasa memandikan arwah..
aku ckp pd ustaz yg menguruskan arwah..aku nak mandikan arwah sendiri
ini kali terakhir aku pegang dia...
mandikan dia...
disetiap anggota badan dia aku pegang..aku berbisik
kaki - inilah kaki yg membawa aku kedlm kehidupan berkeluarga...yg keluar mencari rezeki utk aku dan anak2
anu - inilah kebahagiaan aku dan memberikan aku zuriat
perutdan dada - inilah tempat aku selalu baring dan bermanja setiap hari
tangan- inilah tgn yg menyuapkan aku dan anak2 rezeki
muka - muka inilah yg bakal aku rindui selepas insi dan
akhir sekali - mulut...- inilah mulut yg sering berkata-kata kepada aku



sayang...allah lebih sayangkan awak
Allah uji kita...Allah uji awak...
Allah bersihkan awk dari segala dosa didunia
Allah berikan awak kesempatan utk bertaubat dan beritahu akn tiba masa utk awk pergi
awk dah cuba ubati diri utk lawan sakit awk
perjalanan pengakhiran awak sgt menyakitkan tp sgt mudah..
saya dan anak2 cuba buat yg terbaik utk awak..
kami nak awk cepat sembuh dan dpt bersama2 semula
tp dah tersurat awk pergi dulu

jam 11.30 selesai mandi dan kafan
jenazah dibawa ke masjid upm
utk disolatkan selpas zohor




ramai org dtg lawat arwah
kawan2 arwah dari sekolah cheras, sek. muar, kwn matrik, kwn dkk, kwn degree rmh sewa, kwn IWK, kwn PBJV, kwn APS, jiran2, sanak saudara, semua dtg
sy xdpt sama2 solatkan awk
tp sy sentiasa doakan yg terbaik utk awk
sy tunggu awk diluar masjid
sehingga awk dibawa ke liang lahat
saya tunggu awk di masjid







terima kasih pd semua yg menguruskan hal pengebumian arwah suamiku
yg melawat arwah dan mengucap takziah pd aku dan kelaurga

terima kasih pada ibu dan bapa yg setiap hari xpernah culas melawat, mengurus, memnyuap makanan utk anak mereka, adik beradik arwah yg sentiada support arwah,,,
aku akui aku bkn isteri yg baik yg ada setiap masa utk arwah,...
tp aku cuba buat yg paling terbaik utk arwah..
dia pergi dgn berbagai kenangan kami bersama...
urusan dia diwad... dlm tempoh hampir 4 bulan (110hari warded) aku cuba buat yg termampu sebaik mungkin..
semoga roh arwah sentiasa ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

Al fatihah utk arwah Zul Irwandi Bin Musbahudin
1.1.1980 - 4.2.2020



Related Posts with Thumbnails