bismillah...
lama x berblog...
aku rasa mcm x sibuk sgt...
tp kemalasan melanda tu..yg buat blog xberusik....
oklah... cerita pasal ke kilang ajinomoto
lawatan ni anjuran KEPERTAMA UPM
KEPERTAMA adalah persatuan pekerja Am UPM
ada open pernyertaan... aku suka je join gi jln ni...
kilang ajinomoto mmg xpernah sampai ke kilang ni...
tujuan lawatan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai ajinomoto
bagus ke x... apa produk aji yg ada dan memperbetulkan presepsi umum megenai pengunaan ajinomoto dll..
tp mmg bykla info yg kami tau lepas lawat kilang ni
kami tiba di kilang dgn menaiki bas UPM jam 8.46 pagi
kami terus di bawa ke bilik seminar utk penerangan mengenai lawatan ke Ajinamoto
ada tentatif program kat sini
dm 2jam 30 minit lawatan
penerangan tentang tentatif program
dalm 20 minit la jugak..
staf beritahu asal ajinomoto dan produk2 dlm Ajinomoto
then kami dibawa melawat ke Infoseum di mana semua maklumat tentang ajinomoto di sini
eceli kami xdibawa melawat kilang pun
hanya tgk dlm infoseum ni je...
kilang kepun kot.... bkn leh msk pun
ok mana dtg ajinomoto...katanya perencah Umami Aji-No-Moto ditemui apabila seorang saintis Jepun Prof. Kiunae Ikeda yg mengenalpasti glutamat sebagai punca rasa enak sup yang dibuat daripada rumpai laut pada tahun 1908.
dia rasa ada 1 rasa selain rasa masam, masin, manis dan pahit..
iaitu rasa Umami...
jadi..dia cuba mempelajari cara mengasingkan glutamat utk menghasilkan penambah perasa Umami ni iaitu Monosodium Glutamat (MSG)...maka jadilah Aji-No-Moto
dari mana datangnya Glutamat??
Glutamat merupakan sejenis asid amino yang boleh ditemui dalam kebanyakan makanan semulajadi termasuk susu ibu. contohnya mknn yang tinggi protien seperti udang, ikan, keju parmesan, cendawan shitake, susu dan tomato .
sekitar kilang ajimomoto...
beesar kilang dia...
penerangan
ni jenis produk ajinomoto di seluruh dunia
ni produk Ajinomoto di pasaran Malaysia
antaranya Aji- Shio, perencah masakan Seri Aji dan Tumix selain produk Aji-No-Moto sendiri
ajinomoto di Malaysia dihasilkan daripada tebu atau ubi kayu sahaja
eceli aji-no-moto ni melalui proses pencairan dan sakarifikasi iaitu larutan kanji diekstrak daripada bahan mentah ditukar kepada larutan glukosa melalui tindak balas enzim
then ia akan melalui proses penapaian mcm proses buat keju atau tapai
larutan kanji tadi diperap dgn meletakkan sejenis bakteria (mcm buat yakult)
then mikrob menukar glukosa kepada asid glutamik dan larutan MSG dihasilkan,
lepas tu larutan MSG tadi disaring sehingga warna jernis dan dibuat proses penghubluran melalui penyejatan air dan dikeringkan dlm udara panas...
itu yg kita nmpak ajinomoto bentuk kristal
ni tema ajinomoto
aku mcm tukang promosi produk lak..haha
lepas abis round kami bergamabr
then program bersambung dgn merasa sup yg disediakan
then mereka ada buat demonstrasi masakan....
mereka pilih peserta diaklangan kami...
sayang aku terlambat angkat tgn...kalau x leh masak kat depan ni
demo masakan kari ayam menggunakan perencah tumix seri aji dan
nasi goreng cina menggunakan perencah nasi goreng cina
hasil masakan mereka
nak gak pakai apron n bergambar...haha
lepas tu ada jualan perencah masakan tumix dan tepung goreng satu set RM 5 sahaja
aku beli sampai 6 set ko...
ala kakak opis yg order...kiki
last sekali disediakan lunch dgn kari ayam...
terbaik...
ok apa yg aku pelajari melalui lawatan ni...
1. Ajinomoto bukanlah penambah perisa yg boleh menyebabkan sakit kepala or rambut gugur bagai sbb xde pun kajian saintifik
2. MSG adalah bahan kimia adalah salah sbb MSG dihasilkan drpd bahan semulajadi seperti ubi kayu atau tebu yg menjalani proses penapaian seperti pembuatan tapai, kicap soya, cuka dan dadih
3. cara nak guna MSG yg betul adalah dgn meletakkan sedikit MSG dahulu sebelum letak garam sbb kandungan sodium dlm MSG hanya 12% sahaja berbanding sodium dari garam biasa sbnyk 40%.
4. Pembelian MSG tiruan bkn dari produk ori Ajinomoto adalah bahaya sbb mereka menggunakan bahan kimia bg menghasilkan rasa yg sama... org selalu keliru dgn MSG yg dibungkus semula atau dibeli yg timbang kilo tu...
5. Ajinomoto tiada tarikh luput sbb dia adalah bahan semulajadi yg tiada sebarang campuran bahan lain dan tidak akan expired.
6. Berbeza dgn serbuk masakan contoh seperti perencah nasi goreng atau serbuk tumix, ada expired date sbb MSG dicampur dgn stok ayam or bahan lain sperti bawang dan lain2 yg boleh menyebabkan ia rosak. - yg ni fakta yg aku baru tau dan faham...
tp walaupun dah tau pasal ajinomoto..mcm aku dah kat 15 thn masak xpakai ajinomoto ni..
mcm dah biasa mkn tanpa aji..
kecuali bila masak mkn kuantiti yg banyak mcm buat jamuan baru aku letak sikit utk rasa lebih lazat. Sebab bila letak MSG kurang guna garam dlm masakan.
itulah kisahnya...
ok dahhhh