Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

bercuti di cameron (raya 5 & 6) 2017

bismillah
sambung cerita cuti raya yg lepas..
kisah bersambung balik dari penang kami terus naik ke cameron
al kisah...rupanya ms hari khamis raya ke 5 siapa guna lebuhraya dapat rebet ye
hapa lagi..jemmed wei kat lebuh raya PLUS tu..
kami gerak dari penang jam 2.30 ptg
tp hubby boleh pulak nak tetido..
dia betul2 xleh bukak mata
aku lak xberani nak drive atas highway journey jauh2 ni
jadi..kami terpaksa berhenti kat hentian sebelah Alor Pongsu
hubby tido sejam la jugak...
aku dok layan fb je....

dalam jam 3.30 ptg then baru kami gerak semula
ms ni mmg keje aku tgk google map n waze jelah
tgk highway dah start jemmed
kete jalan tp slow
then hubby ckp...office mate dia ada pesan
kalau jln stat jemmed...dia suruh ikut jalan dalam...
masuk ikut changkat jering..yg penting biar lepas dari terowong manora
jadi.... kami cuba ikut nasihat opismate hubby...
kami masuk ikut changkat jering (exit 146)

nak jadi cerita..sebenarnya masa kami bertolak balik tu
kami jalan sekali dgn adik hubby uda...
dia gerak dr penang jam 3 ptg...
tp kami sbb hubby singgah berhenti tido sejam kan...lebih kurang la masa
masa ni dah pesan kat adik dia.. ikut jalan dalam
dia kata xpe.... dia nak stay ikut highway je...ok la...
adik hubby mmg terus balik ke kolumpo

kami ikut jln bandar... trafiic clear kecuali lalu kat bandar..
mcm bandar kuala kangsar, padang rengas....jemmed sb traffic light je
paling penting....kami mmg nak elak habis lalu kat trowong manora...
lalu jln kampung kami cross sg. siput lalu belakang bukit
then kami keluar balik masuk highway di gopeng...
alhamdulillah...dari jam 3.30 ptg...
kami sampai kat simpang pulai sebelum start mendaki cameron jam 6.00 ptg..
adik uda yg dok ikut jalan highway plus...masih xlepas lg dari terowong manora masa kami dah sampai kat brinchang jam 8.30 mlm
alhamdulilllah ngam2 smapi kat pekan brincang jam 8.30 n sempat singgah kat pasar malam baru cameron
kami check in jam 9.30 mlm
jam 10 masing2 dah siap mandi n dok dlm comforter nak tido
kepenatan dok dlm kete..sian budak2 n sian hubby
ok..cerita pasal adik ipar aku tu...
diaorg samapi rumah di bkt mahkota cheras jam 2pg ok...
agaknya kalau dia ikut kami lalu jln dalam..jam 8 mlm dah smapai KL kot...
tp mmg raya ke 5 tu jemmed teruk la....

imran dah kepenatan dok dlm kete...
dari depan ke belakang..last2 nak tido atas pangkuan
ms ni kami br tiba di pekan brincang... tu pun jemmed kat sejam gak dari kg. raja ke pekan brincang

kami tiba di pasal malam cameron
elok2 sampai hujan renyai..mmg sejuk giler

pasar malam ni dah ditempat di tempat baru tau...
ni rupa pasar mlm bila hari siang


mmg dah prepare bwk jaket utk budak

naik pucat dah muka aku....
xbeli apa pun... just beli jagung bakar dan mashmallow coklat
papa n budak2 beli nasi ayam utk alas perut

oh ye di cameron kami dok di samjade guest house
ni kali ke2 kami menginap di samejade guesthouse 
harga yg berpatutan dan bilik yg selesa
aku order tru agoda



kami ni ambil bilik quad sharing..ada 2 buah katil queen...
budak2 selesa la dpt tido atas katil


mlm2 mkn strawbery coklat...yummeh!!!!

ok... habis hari kelima beraya aritu...
pg naik ke bukit bendera penang...
then menempuh jemmed dan perjalanan 6 jam dari penang ke cameron
mlm tido dlm suasana yg sejuk kat cameron

ok..... syawal ke 6 (hari jumaat) pg dah bangun
as usual kalau dah samapi ke cameron tempat pertama dituju wajibla kea farm
nak membeli sayur2
fav hubby
semua pakai jaket...sejuk je sbb kejap2 hujan renyai


di kea farm


hubby beriya2 beli cendawan
segala cendawan dia beli

selamat pagi

dulu paekng kat kea farm ni dah jadi kea hotel

dlm ni jual mcm2


lepas beli brg sayur dll.... kami gi mkn sarapan
nasib baik ada 1 kedai ni jual nasi goren bihoon dll 
diaorg tgh pilih menu

ok la sarapan kat kedai ni

lepas sarapan n beli sayur... kami blk hotel utk berkemas...
mmg beli sayur, strawbery, jagung, jambu, keledek... penuh 1 kete
xde singgah tempat lain...
ni dah lepas check out...jam 11 pg ms ni...

trip kali ni nak gi ladang teh je..
so..on d way balik kami ke Bharat tea dulu

bergambar dgn latar belakang ladang teh 

budak2 ni beriya2 turun bukit... imran berkali2 jatuh tergelincir...
cuak lak aku sbb bukit kan...kakak dok pimpin adik sampai ke bwh
dah bergambar..letih pulak nak memanjat naik ke atas...haha

masuk kedai bharat tea beli la teh sekotak

pastu mkn ais krim strawberi n buah markisa..sedapnya

seterusnya meneruskan perjalanan ke ladang teh boh pulak

bergambar dulu kat ladang teh boh


last naik ladang teh boh 5 thn lepas....  
dulu boleh naik sampai puncak dgn jln berliku2
skrg rupanya xleh naik sampai atas sekali sebb jemmed
kata bus driver..kat bahagian atas sekliaboleh masuk 15 kereta sahaja
jadi skrg ni kalau naik ke ladang boh....
kita kena park di area bawah berdekatan dengan guard house

kereta kena parking di sini


then ada bas sekolah yg akan bawa semua pengunjung naik ke kilang ladang teh boh di atas
dlm 2km je

sampai atas ni mcm biasala...ada kedai jual teh boh dan kilang proses daun teh


kami beli teh boh dulu


aku beli teh hijau ni....sedap sbb pakai stivea,,xbape manis
rupanya kat giant melambak ada jual..haha

then kami sempat masuk ke kilang proses daun teh...
setiap sejam...kami masuk jam 12.30 tghari



antara daun teh yg telah diproses n bentuk, warna dan rasa adalah berbeza

sebelum balik bergamabr dahulu


jalan2 yg sekejap..aku rasa xpuas sebnarnya..
kalau boleh nak dok 2 hari..jln2 mcm2 tempat
tp hubby nak balik awal
xleh nak paksa...lg pun nak elakkan jemmed

lepas lawat ladang boh..
kami meneruskan perjalanan balik ke serdang
the worse thing aku lupa mkn ubat mabuk
lepas sejam perjalanan turun ikut tapah...
aku muntah kat tgh jalan...
mmg mabuk teruk..haha

then kami sampai kat kuala wok..
mcm biasa wajib singgah mandi sungai
suka budak2
mandi puas2 sampai kecut

suka memasing
aku xmandi sbb kepala still pening n tekak mual


dok kat tepi sambil mkn roti je...

jam 5.00 ptg kami stat gerak balik ke serdang
dlm kete budak2 ni bising je...
kami sampai serdang jam 7 mlm kot


percutian yg puas la sepanjang seminggu raya
part paling best pada aku dpt join beraya rmh sedara mara mak kat muar...
jln ke penang n cameron ni selingan je...
sbb kami xde kampung
kalau x..bosan je budak2 dok rmh kan....
ok.... habis kisah beraya 
aritu...daa

beraya di penang (syawal 4 & 5 ) 2017 & jalan2 ke Penang Hill

bismillah....
menyambung cerita kisah beraya tahun ini....
raya ke 4 as planned...kami ke penang lak
hubby n family dia berjanji berkumpul di rumah adik hubby yg ke 5
zul luqman hakim or doktor hakim...
eceli..adik hakim baru posting ke Hospital Seberang Jaya dan isteri dia posting di sek. men. agama area penang jugak
dan pada 26 ramadan yg lepas Atiqah wife adik hakim bersalinkan baby girl mereka
jadi..masing2 nak melawat anak buat ke 9 lah ni...
ibu dan bapa mertua serta adik bungsu hubby naik ERL ke penang
family aku dan family adik kamal gerak pg rabu raya ke 4
while adik uda gerak dari perak terus ke penang

kami baru gerak dr perkarangan rumah dalam jam 9 pagi

hai..alhamdulillah traffic clear..
siap singgah kat petronas rawang beli starbuck buat tahan mata mengantuk..maklumla bgn pagi2 dok kemaskan brg n uruskan anak..

aku jarang minum stabak ni
mahal weh..tp yg perisa baru ni dgn puding dlm dia mmg marbeles...😋😋


kami tiba di penang jam 12.30 thari 
terus ke rumah parent Atiqah di sungai Bakap..
family iqah ada buat doa selamat n makan2 sikit
sempat la merasa durian dari kebun mereka

kebetulan sebelah rumah atuk iqah ada bela kambing...
punyalah seronok budak berdua ni bg kambing mkn daun jambu



lepas beraya....
kami masuk ke pulau pinang
welcome to penang again...
last dtg bln 6 thn 2015 ms kenduri kahwin adik hakim
rumah adik hakim di area batu maung
tapi sebelum gi rmh adik hakim kami jln2 dulu kat area fort cornwalis

jln2 tepi laut


hai

masuk sini ada bayaran 

dewasa Rm 10 dan kanak2 Rm5
tp serius..menyesal masuk..
xe pe dlm ni..haha


snap gambar gitew2 je

dah masukkan..jln2 je la...

panjat tembok n snap gambar kat meriam ni

snap gmbar kat sini


dah penat panjat sana sini..tempat besar tp kosong
kita bergambar b4 keluar

ni budged hemsem kata dorang

last b4 kuar dari fort conwarlis

then kitaorg jalan kaki ke seberang jalan n konun nak msk ke muzium 3d art ni
tp sayang...jam dah 6.30 ptg n last n3 jam 6ptg


xsalah rm15 kot per n3...

budak2 sibuk nak naik basikal keliling penang..
tp papa xnak
so...kami pun gerak balik ke bt. maung...
jemmed giler weh dlm penang

aku xsnap gmabr kat rmh hakim
tp rmh jenis townhouse 3 tingkat
n mmg bertingkat2...
ruang tamu groundfloor..
naik half tingkat dapur
naik half tingkat masterbedroom
naik half tingkat bilik no. 2 dan 3
naik lagi half tingkat bilik 
no. 4.... tp mmg besar rmh dia

meh tgk baby nuha dgn walidnya




ok.. mlm tu kami tido dgn lena...
rmh siap aircond semua bilik... mmg best wlaupun beralaskan toto je...
pagi esoknya raya ke 5..
masa utk jalan2 naik bukit bendera penang
seawal 6 pagi dah bersiap


kebetulan kami tiba di bukit bendera ni sebelum jam 9 pagi
rupanya kalau beli tiket di penang hill ni...
sebelum jam 9pagi dpt beli dgn harga Rm 3 sekepala xkira tua, muda dan kanak2..
sama harga flat rate....
tp tiket mestilah digunakan sebelum jam 9.30 pagi
lepas jam 9.,30 pagi harga tiket jadi normal semula
ni harga tiket ke penang hill


kami haritu pergi ber6 termasuk adik bongsu hubby si amar fahmi...
dah form 5 dah fahmi...

skrg dtg ke penang hill xyah pikir2 nak parking susah2
sbb dah ada parking bertingkat...keretapi pun dah baru beraircond lagi

kami depan tiket kaunter tgh tunggu papa gi beli tiket
korang kalau nak jimat dtg b4 9pg ye..
so tiket hari tu Rm3 x 6 org baru Rm18
kalau x... kena bayar Rm 38 


pagi2 naik bukit bendera lengang jelah



keretapi baru skrg ada aircond
last dulu aku dtg tahun 2010 naik ketepi xde aircond lg...irfan kecik lg ms tu
keretapi pakak tingkap lg masa tu


hello...

kejap je naik atas ni
kami sampai kat stesen atas

tp skrg kat atas ni..semua tempat nak bergambar kena byr ok
nak pandang bawah pakai teropong tu pun kena byr rm2
tp byk la tempat yg lawa2

kami di bahagian view deck
kena lalu jambatan

syafiqah n hubby gayat..
kelakar
hubby xnak langsung ke viewing deck ni

pandangan viewing deck

jln2 snap gmabar family
sib baik bwk fahmi...leh tolonh snap gamabr..

kat penang hill skrg kalau nak mkn pun diaorg dah buat tempat khas
semua tempat mkn kat dalam astaka bukit bendera ni
dlm ni pun ada owl museum.
tp kami xmasuk

bergambar sekitar astaka bukit bendera

part best bergambar kat periuk kera ni...
i love penang
imran n irfan

kami berdua pun xnak kalah...haha

irfan bergambar dgn keretapi lama penang hill
keretapi kayu


kat sini juga ada tempat bergambar di panggil dataran love lock
boleh je bel kunci kat situ n korang lock la kat mana2 ruang kosong

suruh budak2 bergambar di sini

n the new exciting benda yg ada kat penang hill skrg adalah kereta buggy ni
bersepah2 kereta buggy ni
dulu dtg jln2 sekitar je tgk guard house, masjid dll.,.
tp skrg boleh sewa kereta ni serendah RM25 ke RM40 kot..ikut besar buggy
kami naik yg panjang sikit ada 6 seater Rm35
nnt staf  sanaakan bwk kita tgk banglow2 yg ada kat bukit bendera ni
ada 52 bijik banglow rupanya ada kat puncak bukit ni
semua org2 besar la bl rmh banglo kerajaan ni... robert kwok pun bl ok...

bergegar snap gmbar naik buggy ni...
perjalanan dlm 5 km turun bukit n naik bukit...
rupanya atas sekali kat bukit bendera ni ada kem askar..baru aku tau...
kami singgah ke kopi hutan 
just snap gmbar..xbeli pun kopi.,.mahal weh..
mcm harga secawan kopi starbak...haha


aku n syafiqah yg dah sama beso

eceli kebetulan kami naik atas bukit ni dpt jln2 dlm 20 minit je..pastu hujan lebat giler
lepas naik buggy masa utk mkn...
bau makanan mmg menusuk hidung ok...
ni suasana di dalam foodcourt di astaka buit bendera ni

nak western food, char keow tiow, laksa, burger, makanan goreng2,
nasi lemak..semua ada


dtg penang wajib mkn laksa penang...Rm4 je semangkuk

jemput mkn

irfan mkn char kiow tiow rm5.50

imran mkn nasi lemak...Rm4 je telur sebijik
eceli aku mencari jugak ABC...aku  xjumpa
lepas makn kami ke tingkat bawah
rupanya ABC semua kat tingkat bawah
tp disebbkan kami kesuntukan masa
aku snap gmabar jelah...
mkn ye tidak



jam dah tunjuk pukul 12. tghari dari jam 9 kami naik
masa utk balik
bergamabr berlatarbelakangkan astaka bukit bendera dan museum burung hantu



as usual aku beli sebijik fridge magnet
then kami beratur turun semula....

babai bukit bendera
nnt kami dtg lagi...
best sgt

then kami blk kerumah semula utk berehat n mkn tghari
dlm jam 2 ptg lepas solat jamak..
kami meneruskan misi bercuti sambil jalan2 raya ke cameron highlands pulak.....
sambung n3 lain ye...

jam 2.30 kami dah naik jambatan ke2 penang utk ke cameron...
babai penang...





Related Posts with Thumbnails