kita sambung kisah bercuti hari ketiga..
aku suka tiap n3 lepas abis waktu pejabat..amik masa stengah jam jap..
taip mana done je...tu yg dpt taip separuh tu... 😝
NUSA DUA
ok..kita sambung..aritu pagi tu lepas gi ke Tanah Lot....
kami meneruskan perjalanan melawat tempat ke 2 iaitu ke Nusa Dua
katanya Nusa dua ni adalah tempat hi class org2 kenamaan selalau dtg dan menginap
di sini ada taman, pantai Nusa Dua dan hotel
dan ada 1 lagi tempat melihat ombak dan batu karang
aku lupa nama dia
kat sini boleh nak sewa basikal atau naik tram..
aku mmg x sangka kawasan dia besar giler...
bila tgk semua nak kuarkan duit...kami decided jln kaki je...
sekali mmg jauh ko..kat 2 km nak jelajah dlm ni
ni pantai Nusa Dua..ada je minah salleh mandi pakai bikini...
kalau waktu malam kat sini penuh dgn lantern...yg korang nampak harimau tu semua lantern
mmg lawa la..tp dtg tghari xdela nampka menariknya..
nampak padang lapang ada binatang2 jelah....
kami menapak almost 1.5km,,,sampai kat tgh2 ni
snap la gamabr...aku ingtkan dah habis dah....
rupanya jauh lagi
berpeluh aku nak sampai ke sini...sib baik pakai baju cotton nipis
ingatkan dah abis jelajah...rupanya ada lagi 500meter kami kena jln
nak melawat kawasan hujung sekali..
melihat batu karang n ombak..
tapi ms kami sampai ni xde pulak ombaknya...
blkg aku tu batu karang
jadi..kami merenung laut jelah tgk batu karang n laut lepas...
haha
abis dari lawat sini....
ngam2 masuk waktu zohor..terus kami gi solat di surau nusa dua atau disana panggil musholla

masjid or surau di bali ni kalau kita tgk mcm masjid or surau je di malaysia
aku xpulak snap gambar surau dia
tp apa yg menarik adalah tempat ambil wuduk dia...
sebelum masuk ke toilet..diaorg takung air sebesar parit dlm 3 kaki lebar didepan pintu toilet
korang kena masukkan kaki dlm takungan air tu b4 korang masuk n keluar dari toilet
nak langkah mmg x boleh sebab besar oo
b4 masuk tu boleh la aku terima sbb kami mmg kotor kan
tp dah lepas amik wuduk ko nak keluar dari kawasan wuduk or toilet korang kena masukkan kaki dlm air tu balik...kat situ aku musykil sikit..tp sbb xleh nak langkah.... aku pihak la jugak air tu...
n tempat wuduk dia mmg open n paras dada korang je.... mmg nak bukak tudung pun xboleh...
kena amik wuduk dlm toilet
surau pulak di airport or mana2 tempat mkn... adalah terbuka n campur lelaki n perempuan
then kami mkn nasi padang di area nnusa dua
pasal mknn dan kedai mkn di bali nnt aku buat n3 lain ye
next kami meneruskan perjalanan ke GWK
GWK (Garuda Wisnu Kencana)
GWK atau Garuda Wisnu Kencana ni adalah tempat melihat patung2 di Bali yg besar2 tu..
GWK merupakan sebuah taman budaya yang terletak di Uluwatu, Bali. Di sini kita boleh lihat pemandangan sebagian daerah Bali . Namun yg jadi tarikan utama di GWK adalah Patung Garuda dan Patung Dewa Wisnu kerana ia merupakan patung yang terbesar di dunia. Selain itu, disini kita pun dapat menyaksikan banyak budaya Bali yang ditampilkan di teater setiap hari. Selain itu kita dapat belajar dan mengenal lebih dekat mengenai kebudayaan dari umat Hindu di Bali melalui pahat relief yang terukir sangat indah di dinding dalam area GWK.
yg kelakar tentang aku ms samapi di GWK ni adalah...aku xnak turun ms samapi kat sini..
sbbnya aku xlarat jalan ditengah2 matahari terik dan nak msk GWK kena bayar RP100k seorang
kalau 2 org RP200K = RM64...rasa mcm sayang giler duit kot...
hangin laki aku sbb dia dah turun dari kete tp aku xmau turun,,
alih2 kami snap gamabr depan pintu msk GWK je...haha
pak supir geleng kepala tgk peel aku..haha
DREAMLAND BEACH
next kami melawat ke Pantai Dreamland...
katanya milik anak Suharto...... serius mmg cantik tempat dia...siap dpt wifi free la
tp nak masuk ke pantai Dreamland kena park n ride tram dia..agak jauh nak msk dari pintu utama
byk hotel2 baru dibina..
ada bayaran RP5000 sorang xsalah aku
kami naik tram dari pintu utama
ni pantai dreamland....agak private n air laut dia biru...
PADANG-PADANG BEACH
next kami melawat Padang-padang Beach
padang2 beach ni mmg lawa pantai dia n agak tersorok
bayaran RP15k xsalah seorang
nak turun ke pantai kena lalu tepi batu yg ditebuk kot dan dibuat tangga...
pada 1-1 masa boleh lalu sehala je...org gempal xmuat masuk kot....
dah turun bawah tgk pantai dia antik sgt,,
kat sini ramai yg mandi
baru lepas turun dari celah batu
pantai di padang-padang beach.. mmg ada org surfing n mandi manda
siap ada org berniaga lagi kat situ
aku siap nak bergamabr la dgn surfing board ni
n nak jugak cecah kaki kat gigi air pantai ni...serius cantik kot...
ULUWATU TAMPLE - PURA LUHUR ULUWATU
Then last sekali keluar dari sini kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu ke Uluwatu Tample..
kalau ikutkan tentatif awal kami...hari jumat samapi tu kami ke Uluwatu Tample n tengaok Kechak Dance dahulu....
tetapi disebbkan kami tiba lewat n ptg tu hujan lebat..kami dpt melawat pantai Pendawa dan mkn mlm di Jimbaran je...
jadi bila aku asyik sbut nak tgk kechak dance n nak ke Uluwatu jugak..
pak Supir pun adjust balik tentatif n bwk kami lawat ke sini
tq pak minto n pak Bento melawat kerenah pelancong dia...
di Uluwatu tample ada bayaran RP 30k seorang x2 = RP60k = RM19.00
kami diberi kain oren untukdiikit dipinggang sahaja...ada yg bagi kain purple n ikat di badan
just menghormati budaya sahaja n tempat suci di Bali...sbb ada org xmau pun pakai kain tu...
its ok kata Pam Min
kat sini byk monyet n katanya sangat nakal..
mmg dah tulis di situ utk menjaga beg, spek mata, topi dan makanan
kalau xberhati2 nnt monyet tu akan rampas brg kita n bwk lari
so hubby awal2 dah disuruh simpan spek dia..kang kena bwk lari monyet dpt tgk jelah...
dari pintu masuk Tample nak pergi berjalan ke tample yg paling atas
mmg berpeluh mendaki dan berjalan kaki kat sini..
tp puas hati sbb dpt tgk pemandangan yg cantik n angin petang yg segar
bergamabr di tempat2 hotspot dia yg lawa...
kat 20 minit jln akhirnya kami tiba dia bahagian atas sekali temple ni
jam 5.00 petang kami bergerak menuju ke tempat melihat kechak dance
cuaca ptg tu mcm nak hujan tp x hujan...
byrn nak tgk kechak dance ni RP100k seorang x 2 = RP200k = RM65
ingatkan jam 5,30 ptg stat..last2 kat jam 6 baru stat
lenguh bontot n kaki dok tunggu nak stat

diaorg nak tunggu penuh stadium ni..aku agak kat 1400 org kot tgk persembahan dlm 1-1 masa
dlm jam 6 ptg dah nampak sun set
dan kechak dance pun bermula.....
apada dia kechak dance?
Kecak adalah pertunjukan tarian seni khas Bali yang lebih utama menceritakan mengenai Ramayana dan dimainkan terutama oleh laki-laki. Tarian ini dipertunjukkan oleh banyak (puluhan atau lebih) penari laki-laki yang duduk berbaris melingkar dan dengan irama tertentu menyerukan "cak" dan mengangkat kedua lengan, menggambarkan kisah Ramayana saat barisan kera membantu Rama melawan Rahwana.
Cerita Ramayana dipilih oleh Tari Kecak Uluwatu untuk menjadi lakon atau cerita pementasan, diceritakan seorang Raja yang begitu sangat bijaksana bernama Sang Rama Dewa sedang berusaha menyelamatan permaisurinya yang bernama Dewi Sita yang diculik oleh seorang raja raksasa yang sangat jahat bernama Rahwana. Perjalanan yang panjang dan sangat berbahaya kemudian ditempuh oleh Sang Rama Dewa dengan ditemani oleh adiknya yang bernama Laksamana. Diceritakan pula ketika Raja Rahwana menculik Dewi Sita, didalam perjalanannya dilihat oleh Sang Jatayu, seekor burung Garuda yang merupakan sahabat dari Sang Rama Dewa. Ketika Jatayu mengetahui bahwa wanita yang sedang diculik oleh Rahwana adalah permaisuri dari sahabatny yaitu Sang Rama Dewa, maka burung Jatayu pun berusaha menyelamatkan sang permaisuri. Namun karena kesaktian Rahwana melebihi Jatayu, maka Jatayu dapat dikalahkan.
kechak dance ni dimainkan selama 1 jam... mmg terhibur la tgk tarian ni
dalam jam 7,30 mlm acara pun tamat...mmg gelap gelita la tempat ni...
mmg patut pun org ckp kalau dtg Bali xtgk persembahan kechak dance dan barong dance
abis tu kami pun terus balik semula ke hotel....
Uluwatu terletak di selatan bali n ambil masa 1 jam lebih utk samapi di pantai kuta..
mmg penat giler la...nasib baik x jemmed
sblm balik kami sempat gi mkn ayam betutu makanan asli masyarakat Bali dahulu
jadi abisla aktiviti kami 3hari di Bali...
next n3 aku ceritakan kisah yg menjadi kemuncak aku meneruskan percutian di bali dari 4hari 3 mlm jadi 6hari 5 mlm dan seteruskan kami sambung bercuti di Surabay pulak ye....
semuanya rentetan dari kisah Gunung Berapi Agung yg meletus tu.....
jenu ni ha nak taip....
sory la kalau korang bosan nak baca
tapi dalam trip bali kami ni kesimpulan memang best...
summary trip bali ni boleh aku ringkaskan...
1. Kaji tentang mukabumi kawasan bali yg terdiri dari kawasan selatan, utara, timur dan barat. Senang nak plan nak lawat belah mana... sbb contohnya kalau nak gi Selatan ada Kuta, Uluwatu, Nusa Dua, Jimbaran dan lain2
2. Banyak tempat yg menarik utk dilawati tapi biasanya kita xleh nak cover semua..macam kami hubby pilih lawat tempat2 tertentu n kami x pergi melawat kebanyakan temple n pantai...sbb masa kami agak terhad...
3. Kami pilih pakej untuk round 1 Bali tru adik aku..sebab dia pernah ke Bali n dia bagi no. contact pak Supir ni..dari Airport 1st day, round pulau 2nd n 3rd day berakhir dgn esoknya hari ke4 siap hantar ke airport semula bayaran tour guide kami adalah RP1.4K = RM500. Pada aku berbaloi la,.. dia bawak melawat tempat dan suggest tempat makanan yg halal.. yang lain belanja makan n masuk tempat semua bayar sendiri.... :D
4. Kami spare RP 2.6K = RM830 belanja untuk makan dan kos masuk tempat2 termasuk beli barang souvenior kira ngam la... duit byk habis nak masuk tempat n bayaran untuk tengok dance semua...
Still tempat makan semua mahal di Bali....so nnt aku sambung story hari last day percutian kami ye....ada lg aktiviti tambahan kami buat... ok daa
Boleh tekan sini utk capaian cepat percutian ke Bali & Surabaya 2017

























No comments:
Post a Comment