Lama xshare resepi masakan kan
Selalu masak benda yg sama je
Jadi xde rasa best pun nak share resepi
Tp kali ni aku nak share resepi Laksa Johor ni
Aku ambil dari blog Azie kitchen
Even kak azie ni pun amik resepi dari blog kak jee..tp apa aku boleh ckp...
Resepi laksa johor kak jee ni mmg sedap ok
Yg penting senang sgt nak buatnya
Org kata 1st time buat mmg jadilah
Mcm aku dah 2 x buat pun
1st time tu mmg xberani nak share la
Tu pun derhaka resepi sikit..terletak serai 2 batang...rasa kurang padu
2nd time ni mmg betul2 ikut resepi yg kak azie ni tulis..mmg umphhhh👍👍👍
Ok...
Kisahnya aku mmg xpernah msk laksa johor
Kalau x pasal sbb suami yg beriya2 nak mkn
Asyik sebut..siap amik resepi dari kenalan dia jumpa ms buat transplant darah kat wad dulu
Hntr resepi kat aku... then menyebut lg
Alahai... aku ni xleh kalau orang asyik la sebut benda yg sama...lama2 mmg kalah la
Kena pulak yg request laki sendiri..
Dlm dia nak recover ni..xleh mkn sana sini
Nak homemade je... maka gigih cuba..
Kita terus tgk resepi ye...
Mudah giler uolls...
Bak kata akak opis aku...org buta pun leh masak..haha
RESEPI LAKSA JOHOR
Bahan- bahan:
1 paket spegeti - makan 10 orang (aku tukar dengan bow pasta)
1kg ikan sardin/ selayang/ kembung
3/4 cawan rempah kari ikan Babas
1/2 cawan cili kering yang dikisar
3/4 cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
garam
Serbuk perasa
Bahan Kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam-ulaman:
Timun Taugeh
Daun kesum/dauh selasih
Kacang panjang
Limua kasturi
Lobak Asin
Cara-cara memasak:
1. Bersihkan ikan dan kukus. Selepas itu carik isinya dari tulang dan kisar isi ikan dengan air rebusan ikan tadi. Asingkan letak tepi.
2. Seterusnya panaskan 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama 1 minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira2 5 minit.
3. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi. kacau rata.
4. Seterusnya masukkan 2 cawan air dan 2 cawan santan. Macam aku xmasukkan air terus masukkan santan je sbb suami nak kuah yg pekat. Setelah mendidih masukkan udang kering dan kerisik.
tudia... kuah laksa johor
pada aku sgt mudah nak buat.
Tu dia kuah laksa johor yg pekat likat
Spegeti :
Didihkan air. Letak sedikit garam. dan rebus.
untuk ulam ulaman,,, boleh la potong kecil2..
aku tambah sikit dgn bunga kantan... lagi sedap rasanya.
disebabkan aku pakai pasta bow..
so inilah rupnya.
oh ye..
sambal belacan :
Cili Kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cilik bersama belacan bakar sehingga lumat
puas makan laksa johor ni
seperiuk aku masak untuk sekilo ikan
alhamdulillah
Ni masa 1st time aku masak laksa johor ni
2 mangkuk en suami makan...
Seronok tgk dia makan...
Alhamdulillah







2 comments:
Assalamualaikum iela, gila lama Diana tak buka blog (sendiri), tak sangka iela masih aktif menulis. Jelesnya kite ;-))
wsalam diana.. aktif lagi...rindu blog..... tu pun xla selalu..gitew2 je... update la sikit
Post a Comment