Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Kisah penuh Majlis pernikahan adikku

kisah penuh majlis pernikahan dan meraikan pasangan Asnaf Baitulmal MAIWP
majlis  ni berlansung pada 19 Nov. 2015 bertempat di Masjid Wilayah KL
ada 30 pasangan yg terpilih utk pernikahan beramai2 ni
mmg nampak grand la....
mmg sebijik majlis perkahwinan..
bezanyer majlis ni ditanggung sepenuhnya oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
yg penting dlm perkahwinan ni adalah majlis pernikahan...
xsangka adik aku saja isi borang permohonan majlis ni n terpilih...
ada la kriteria yg diberi...
utk majlis ni dari pakaian ke upah nikah jurunikah n saksi semua MAIWP tanggung
dan setiap peserta diberi lagi duit bantuan Baitulmal berjumlah RM2000 setiap pasangan...
ha..untung tu

eceli...majlis adik aku ni plan nak buat thn depan dalam bln April 2016
dewan dah booking...
dlm persiapan ni dia cuba mohon dr baitulmal
skali dah terpilih n tarikh nikah dia awal pulak tu...
mcm best pulak ..lain dari yg lain....nikah ramai2 tu
on jelah..... nnt majlis kahwin kemudian ...xde masalah...



aku dtg dr serdang dgn budak ber3 ni..
mmg kami adik beradik sepakat...xyah nak bazir tempah bj bagai...
kami adik beradik pakai jubah je dgn tudung berbeza kaler...
kan simple tu....
hubby ada meeting jadi dia xdpt hadir di masjid..ptg kat rmh mak dia dtg

pasangan pengantin dah berkumpul di masjid since jam 7.30 pagi
majlis bermula dgn khutbah nikah beramai2
then pasangan dibahagikan dlm group ada 3 pasangan
setiap group ada sorang kadi n 2 org saksi...
mmg cepat la majlis nikah ni selesai

lepas abis nikah....
boleh snap gmabar n bg maskahwin masing sementara pasangan lain settle nikah...
dah siap semua..ada ceramah diberikan pd semua pasangan
\
ni ceramah lepas nikah..
aku tunggu kat dewan 1 lg sambil dengar ceramah jugak
budak2 xleh msk dlm dewan nikah
n kami tgk tru tv screen besar je

dah siap....
semua pengantin turun n mereka berarak beramai2 masuk ke dewan mkn..
siap ada kompang bagai....bunga manggarnyer...eh meriah la...
aku amik video masa ni n lupa snap gmabar


sama mcm majlis kahwin semua pengantin mkn beradap
lepas masing2 duduk kat meja mkn..ada persembhaan silat lagi ko...
mmg happening

nuyun n marwan mkn beradap

persembahan silat


manakala family duduk di meja yg ditetapkan
setiap pasangan boleh bwk msk 10org sahaja ahli keluarga
abah n besan barunyer
mknn mmg sedap la...
lauk pengantin...paling sedap daging masak hitam tu


suasana dlm dewan...
eceli ada 1 majlis akad nikah khas utk pengantin ke 30 
bertuah dia dpt nikah atas pentas dan dinikah sendiri oleh Mejar Jeneral Dato Jamil Khir, Pengerusi MAIWP
nmpak kecil sbb snap dari jauh 

semasa majlis mkn beradap ni ada sekalai pemberian cenderahati oleh MAIWP kepada semua pengantin...dpt sepasang telekung, kain pelekat dan senaskah Al-Quran

majlis tamat jam 11 pagi...
lepas tu kami snap la gmbar beramai....

yune n mak dan abah




okey,...
majlisk at masjid dah berakhir..
kat rmg pun still ada buat doa selamat dan sedikit jamuan makan utk belah lelaki dan jemput jiran2 serta saudara maraberdekatan kat rmh utk hebahkan mengenai majlis pernikahan ni
kang nnt org pelik pulak...
bila masa eton buat majlis nikah ni....haha


doa selamat n jamuan mkn...
alhamdulillah.
majlis tamat jam 8mlm kat rmh....


1 comment:

Related Posts with Thumbnails