Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

beraya di penang (syawal 4 & 5 ) 2017 & jalan2 ke Penang Hill

bismillah....
menyambung cerita kisah beraya tahun ini....
raya ke 4 as planned...kami ke penang lak
hubby n family dia berjanji berkumpul di rumah adik hubby yg ke 5
zul luqman hakim or doktor hakim...
eceli..adik hakim baru posting ke Hospital Seberang Jaya dan isteri dia posting di sek. men. agama area penang jugak
dan pada 26 ramadan yg lepas Atiqah wife adik hakim bersalinkan baby girl mereka
jadi..masing2 nak melawat anak buat ke 9 lah ni...
ibu dan bapa mertua serta adik bungsu hubby naik ERL ke penang
family aku dan family adik kamal gerak pg rabu raya ke 4
while adik uda gerak dari perak terus ke penang

kami baru gerak dr perkarangan rumah dalam jam 9 pagi

hai..alhamdulillah traffic clear..
siap singgah kat petronas rawang beli starbuck buat tahan mata mengantuk..maklumla bgn pagi2 dok kemaskan brg n uruskan anak..

aku jarang minum stabak ni
mahal weh..tp yg perisa baru ni dgn puding dlm dia mmg marbeles...😋😋


kami tiba di penang jam 12.30 thari 
terus ke rumah parent Atiqah di sungai Bakap..
family iqah ada buat doa selamat n makan2 sikit
sempat la merasa durian dari kebun mereka

kebetulan sebelah rumah atuk iqah ada bela kambing...
punyalah seronok budak berdua ni bg kambing mkn daun jambu



lepas beraya....
kami masuk ke pulau pinang
welcome to penang again...
last dtg bln 6 thn 2015 ms kenduri kahwin adik hakim
rumah adik hakim di area batu maung
tapi sebelum gi rmh adik hakim kami jln2 dulu kat area fort cornwalis

jln2 tepi laut


hai

masuk sini ada bayaran 

dewasa Rm 10 dan kanak2 Rm5
tp serius..menyesal masuk..
xe pe dlm ni..haha


snap gambar gitew2 je

dah masukkan..jln2 je la...

panjat tembok n snap gambar kat meriam ni

snap gmbar kat sini


dah penat panjat sana sini..tempat besar tp kosong
kita bergambar b4 keluar

ni budged hemsem kata dorang

last b4 kuar dari fort conwarlis

then kitaorg jalan kaki ke seberang jalan n konun nak msk ke muzium 3d art ni
tp sayang...jam dah 6.30 ptg n last n3 jam 6ptg


xsalah rm15 kot per n3...

budak2 sibuk nak naik basikal keliling penang..
tp papa xnak
so...kami pun gerak balik ke bt. maung...
jemmed giler weh dlm penang

aku xsnap gmabr kat rmh hakim
tp rmh jenis townhouse 3 tingkat
n mmg bertingkat2...
ruang tamu groundfloor..
naik half tingkat dapur
naik half tingkat masterbedroom
naik half tingkat bilik no. 2 dan 3
naik lagi half tingkat bilik 
no. 4.... tp mmg besar rmh dia

meh tgk baby nuha dgn walidnya




ok.. mlm tu kami tido dgn lena...
rmh siap aircond semua bilik... mmg best wlaupun beralaskan toto je...
pagi esoknya raya ke 5..
masa utk jalan2 naik bukit bendera penang
seawal 6 pagi dah bersiap


kebetulan kami tiba di bukit bendera ni sebelum jam 9 pagi
rupanya kalau beli tiket di penang hill ni...
sebelum jam 9pagi dpt beli dgn harga Rm 3 sekepala xkira tua, muda dan kanak2..
sama harga flat rate....
tp tiket mestilah digunakan sebelum jam 9.30 pagi
lepas jam 9.,30 pagi harga tiket jadi normal semula
ni harga tiket ke penang hill


kami haritu pergi ber6 termasuk adik bongsu hubby si amar fahmi...
dah form 5 dah fahmi...

skrg dtg ke penang hill xyah pikir2 nak parking susah2
sbb dah ada parking bertingkat...keretapi pun dah baru beraircond lagi

kami depan tiket kaunter tgh tunggu papa gi beli tiket
korang kalau nak jimat dtg b4 9pg ye..
so tiket hari tu Rm3 x 6 org baru Rm18
kalau x... kena bayar Rm 38 


pagi2 naik bukit bendera lengang jelah



keretapi baru skrg ada aircond
last dulu aku dtg tahun 2010 naik ketepi xde aircond lg...irfan kecik lg ms tu
keretapi pakak tingkap lg masa tu


hello...

kejap je naik atas ni
kami sampai kat stesen atas

tp skrg kat atas ni..semua tempat nak bergambar kena byr ok
nak pandang bawah pakai teropong tu pun kena byr rm2
tp byk la tempat yg lawa2

kami di bahagian view deck
kena lalu jambatan

syafiqah n hubby gayat..
kelakar
hubby xnak langsung ke viewing deck ni

pandangan viewing deck

jln2 snap gmabar family
sib baik bwk fahmi...leh tolonh snap gamabr..

kat penang hill skrg kalau nak mkn pun diaorg dah buat tempat khas
semua tempat mkn kat dalam astaka bukit bendera ni
dlm ni pun ada owl museum.
tp kami xmasuk

bergambar sekitar astaka bukit bendera

part best bergambar kat periuk kera ni...
i love penang
imran n irfan

kami berdua pun xnak kalah...haha

irfan bergambar dgn keretapi lama penang hill
keretapi kayu


kat sini juga ada tempat bergambar di panggil dataran love lock
boleh je bel kunci kat situ n korang lock la kat mana2 ruang kosong

suruh budak2 bergambar di sini

n the new exciting benda yg ada kat penang hill skrg adalah kereta buggy ni
bersepah2 kereta buggy ni
dulu dtg jln2 sekitar je tgk guard house, masjid dll.,.
tp skrg boleh sewa kereta ni serendah RM25 ke RM40 kot..ikut besar buggy
kami naik yg panjang sikit ada 6 seater Rm35
nnt staf  sanaakan bwk kita tgk banglow2 yg ada kat bukit bendera ni
ada 52 bijik banglow rupanya ada kat puncak bukit ni
semua org2 besar la bl rmh banglo kerajaan ni... robert kwok pun bl ok...

bergegar snap gmbar naik buggy ni...
perjalanan dlm 5 km turun bukit n naik bukit...
rupanya atas sekali kat bukit bendera ni ada kem askar..baru aku tau...
kami singgah ke kopi hutan 
just snap gmbar..xbeli pun kopi.,.mahal weh..
mcm harga secawan kopi starbak...haha


aku n syafiqah yg dah sama beso

eceli kebetulan kami naik atas bukit ni dpt jln2 dlm 20 minit je..pastu hujan lebat giler
lepas naik buggy masa utk mkn...
bau makanan mmg menusuk hidung ok...
ni suasana di dalam foodcourt di astaka buit bendera ni

nak western food, char keow tiow, laksa, burger, makanan goreng2,
nasi lemak..semua ada


dtg penang wajib mkn laksa penang...Rm4 je semangkuk

jemput mkn

irfan mkn char kiow tiow rm5.50

imran mkn nasi lemak...Rm4 je telur sebijik
eceli aku mencari jugak ABC...aku  xjumpa
lepas makn kami ke tingkat bawah
rupanya ABC semua kat tingkat bawah
tp disebbkan kami kesuntukan masa
aku snap gmabar jelah...
mkn ye tidak



jam dah tunjuk pukul 12. tghari dari jam 9 kami naik
masa utk balik
bergamabr berlatarbelakangkan astaka bukit bendera dan museum burung hantu



as usual aku beli sebijik fridge magnet
then kami beratur turun semula....

babai bukit bendera
nnt kami dtg lagi...
best sgt

then kami blk kerumah semula utk berehat n mkn tghari
dlm jam 2 ptg lepas solat jamak..
kami meneruskan misi bercuti sambil jalan2 raya ke cameron highlands pulak.....
sambung n3 lain ye...

jam 2.30 kami dah naik jambatan ke2 penang utk ke cameron...
babai penang...





1 comment:

- dieyana - said...

amboi, sakan! ;-))

Related Posts with Thumbnails