Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Novel: Andai Itu Takdirnya 2...

owh...lama naw naw xbc novel
sejak memberi tumpuan penuh pada syfiqah dan pelajaran dia...
asal mlm je dok depan dia or baring depan dia smabil tgk dia buat keje sekolah...
dulu...asal malam2 je...dia buat keje sekolah sambil aku melayan novel..
tu yg terabai tu...
sian anak mama...
bila kena kursus intensif n ceramah motivasi dgn nenek dia..
abis mama dia ni kena adu kat nenek....huhu
xpe...jadikan pengajaran..
anak xsalah....pa&ma yg selalu abaikan anak....
aku akui...

ok...tp sekali sekala bila gi kedai buku..
bila nak bl novel...mcm biasa..aku suka tgk tajuk dan pengarang
sekali nampak novel baru Siti Rosmizah 
novel Andai Itu Takdirnya 2.....
serius....aku dah lama x membaca n gi area novel kalau masuk kedai buku
asyik la gi bahagian bacaan anak2 n bl buku latihan syafqah je

masih xleh lupa bagai mana aku mula2 jatuh cinta dengan aktiviti membaca novel..
segalanya kena novel Andai Itu Takdirnya yg aku mula2 baca ms gi rmh mak 2012 yg lepas
pinjam buku akak aku Along n baca citer tu xhenti2 menangis
serius...aku xleh lupa samapi sekarang watak si Syed Aizril yg jahat sepak bini dia Aleeya yg mengandung kembar tu...
jahat betul dia...
bila kuar AIT2 ni....adakah perkara yg sama berlaku???
teruja nak bl....
buku AIT2 ni dilancarkan pada 25 April 2015 lepas
kira dah kat 4 bulan kat pasaran baru aku sedar kewujudan buku ni?? teruk betul..haha

ni pun saje jln kat Aeon sementara tunggu syafiqah abis tuisyen kumon
biasa hubby hantar...
kebetulan mamat tu deman n semput dah 3 hari....
penangan vapes la tu.....padan muka...haha

then nampak novel ni....
terus beli ko....



masih mengekalkan cerita plot2 kekeluargaan..dan babak sedih bila Syed Aizril buat hal lagi...
kalini smapai anak dia meninggal lg...Ya Allah...
menangis2 aku baca...
naik segan aku dgn laki aku......
last2 dia xheran...
haha.....nak mengabiskan novel ni 2hari lebih..
smapai xtido mlm...
asal ada waktu senggang baca...pastu nangis...
last2 pening kepala...haha

korang patut bl n baca..sgt tidak menghampakan..
sgt best...

sekian review dari saya..

sinopsis AIT2:

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.

“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”

Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!

Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.

“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!

“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”

Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.

“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.

Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!

“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.

“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.

“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.

“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”

Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha. 

1 comment:

Yazlina Saduri said...

Assalamualaikum.....Novel ni Puan dah baca, kalau ada niat nak jual, saya minat nak beli second hand. BUku baru agak mahal harganya. Kalau nak jual tolong inform ya....email saya
yazlina72@gmail.com
Terima kasih

Related Posts with Thumbnails