Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

projek kuih raya 2016 : biskut lidah kucing

bismillah....
bertemu kita di hari ini...
chewah..
mcm sesi masak2 kat tv lak..

ok..tihs year aku mencuba resepi biskut lidah kucing pelangi ni
dr last year nak cubabuat tapi  x terbuat2
tp kali ni gigih nak masak jugak biskut lidah kucing...
amik resepi dr blog citarasawan.....
nampak  sgt mudah..
so...mari kita mulakan sesi masak2....haha

cuma apa aku boleh cakap utk buat biskut ni mmg tangan kena xde penyakit ketar2 ye...
memula nak tekan mmg payah rasa...
lama2 ok je..
n kalau ada budget lebih...
belilah tray tu 2 ke...
sbb kalau harap 1 tray je mmg kat 3 jam br abis bako....

ok..tqk resepi dulu ye...

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI

250gm mentega
175gm gula caster
100ml putih telur (dlm 3 biji gred AA)
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (Perangup Biskut)



keperluan lain

Loyang biskut lidah kucing - digris dengan mentega
pewara ungu, biru, hijau, kuning dan merah (aku ada 4 je warna)

ok...
CARA-CARA MEMASAK:

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emlex. Ketepikan

2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

syafiqah tlg putarkan mentega dan gula 

3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.


4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan .(aku bahagikan 4 je...sbb pewarna ada 4 je)



5. Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susuan warna pelangi..
aku pakai plastik bag biasa je.... then ikat getah... xde piping bag ni...
nak tekan tu guntng je hujung tu...
n aku xsusun pun ikut warna pelangi..picit ikut suka je...haha


6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahlu pada suhu 150C selama 15 minit.
Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana meneggelamknan warna pelangi tu..


7. Biarkan biskut suan-suam kuku dan terus simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut ini cepat lemau jika dibiarkan terdedah pada udara. Biskut yang lemau boleh diapanaskan semuala selama 5-8 minit dalam oven yang dipanskan dahlu dan kaan rangup kembali...

inilah hasil biskut aku
sbb 1st time buatkan..
bengkang bengkok aku paipkan...
tp xpe....janji rasa sedap..itu yang penting...

oh ye...macam aku bgtau awal td...
kalau boleh spare la dua tray ke....cepat n senang nak buat
mcm aku aritu ada 1 je acuan ni...
lepas keluarkan biskut dah masak kena sejukkan dulu tray...
kalau x.... adunan mengembang ko..butterkan....
jadi amik masa lama la kat sini...

ok...itulah cerita biskut raya ke 5 aku utk thn ni

1 comment:

Related Posts with Thumbnails