Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

kisah Irfan warded buat kali pertama dalam hidup

salam uolls....
dah seminggu pun kisah irfan masuk hospital berlalu...
baru aku ada kesempatan dan cerita...
eceli ini adalah part aku mengabadikan memori pertama kali seumur hidup irfan di warded
kalau dulu irfan duduk dalm NICU lepas lahir selama 3 minggu sbb dia adalah seorang bayi pramatang pd masa tu....
hingga lah kini umur irfan dah cecah 4 tahun 5 bulan...
inilah 1st time irfan dimasukkan ke wad semula...
puncanya adalah jangkitan kuman di paru2...
alhamdulillah...sepanjang 4 thn irfan sihat walafiat, demam biasa2 je n xpernah amik neb pun kalau dia batuk skali pun...

sebenarnyer... mmg xsangka irfan boleh sakit smpai warded cenggini..
tapi serius dlm minggu lepas, mmg ramai sgt org sakit..
sampaikan ofismate aku k.ann dan k.ani pun boleh sakit serentak n MC smapai 3hari..
inikan budak kecikkan...
mcm irfan punca nya dia hanya batuk2...tp xla mcm kritikal..
ala batuk kejap2 ada... kejap2 xde...
mlm2 xde pulak batuk2.... cuma nak jd ceritakan...
hari kejadian (Rabu 11 September 2013) tu...
pg tu ms nak gi sekolah, mmg irfan ada mengadu sakit perut n batuk2
mcm teruk jugak la sbb kejap2 dia batuk..... so aku just bg ubat batuk sediaada kat rmh ni je
xde demam pun.... then dia pegi sekolah mcm biasa

then ptg tu jam 6ptg aku blk keje n jemput anak2 mcm biasa...
ms jemput irfan tu cikgu ckp yg irfan demam n xlarat main semua dan muntah2 beberapa kali....
ms aku jemput dia tu dia menangis merengek2...
sbb xpernah irfan menangis meregek2 n mengerang2...
so... pelagi... jemput akak n adik then aku terus blk rmh utk amik buku klinik panel UPM
then terus pecut ke Klinik Qistina..tp klinik tu dah nak tutup pulak, so dia tolak patient..
terus ke Klinik An-Nisa pulak... ms ni dah jam 7mlm..
dah la dgn aku puasa... dan time ni mmg time bebudak semua mkn mlm..
aku lak mmg xbeli pape pun ms ni...
ms aku register irfan, dia mmg melepek atas lantai..
menangis, mengerang dan lemah...
tu pun sebelum msk klinik dia muntah lagi kaw2 punyer

ngam2 jumpa doctor mmg tgh azan la...
ms doktor check... dia nmpak sgt lemat, demam xtinggi sangat,
tp nafas dia sangat laju, perut dia kembung, batuk teruk dan nampak dia mcm susah nak bernafas..
so...terus doctor suruh refer hospital...
ms ni mmg aku dah mengelabah....
terus teringat mcm kes pertama kali syfqah kena warded dulu..
pun mstu hubby xde offshore 3 bln di Bintulu...
cuma kali ni aku xnangis la...sbb aku dah biasadah.. syfqah je dah 3 kali msk wad thn ni
so...org pertama aku maklmkan harus hubby sbb yg kalini aku siap tanya..
boleh x aku refer hosptl swasta sbb irfan kira new case...
then org kedua ibu mertua ku sbb aku tau dialah org yg mmg aku terpaksa bergantung harap nnt..
then br adik aku sbb aku nak mintak dia tlg jaga imran n syfqah di rmh sementara aku refer irfan ke hospital,,,
aku bertuah sbb parent in law aku duduk dekat n boleh tlg..
kalau x... mmg aku akan menangis kekalutan...

oh ye..pasal cikgu taska irfan yg lambat maklumkan pd aku pasal irfan xsihat..
aku pun xleh nak marah... w/pun aku selalu pesan kalau anak sakit bg tau aku cepat2 n aku leh blk..
sbb diaorg kata dah ptg jam 3 mcm tu br irfan nmpak lemah n xmau main..
so diaorg fikir2 alang2 aku nak jemput blk nnt, diaorg xla bg tau...

then, hubby suruh refer insurans dulu b4 hantar ke hospital
ni pun kira 1st time aku gunakan hubby punyer medical benefits..
sbb selama ni aku guna GL aku je.. so mmg rujuk ke hospital kerajaan la kan...
sbb utk company dia skrg dia pakai medical insurans n open semua jenis private hospital
kalau dulu susah sikit sbb dia jenis panel...
so called insurans n released,... then aku pilih Colombia Asia Hospital di Balakong Cheras
tp b4 pergi hospital blk rmh dulu, sempat la aku tanak nasi 1 cup n mkn dgn telur goreng n kicap
imran pun sempat suapkan bubur dia..then adik aku smapai, terus aku pecut ke colombia asia

kat sini... mmg senang prosedurkan..??1st time le katakan..
org pun xramai...
doctor check n terus buat x-ray..
irfan diberi neb .... keluar result x-ray, kompom ada jangkitan kuman di paru-paru
dlm tempoh 1/2jam kot, registration suruh aku sain borang insurans utk admit ke wad
irfan pun dah siap di ambil darah n dimasukkan drib..


kalau kat hos. serdang ni... standart.... 4-5jam masih kat emergency lg
ni dlm tempoh sejam dah naik wad dah...
so.. mlm tu bermulalah mlm pertama irfan ditempatkan di wad hospital..
dan apa yg aku sgt takuti telah pun berlaku... anak masuk wad dan aku perlu urus lg 2 orang anak dirumh
yg paling renyah bila aku dah ada si Imran yg br berumur 1thn 5 bln yg memerlukan aku utk menysu di tgh mlm.... korang bayangkan...dgn suami xde.. sapa yg aku harapkan nak bantu aku?
tp alhamdulillah....aku bersyukur sbb ada ibu mertua yg sudi menjaga irfan di wad mlm tu
dan juga mlm seterusnya hingga hari sabtu irfan discharge...
bkn aku xboleh jaga sendiri... tp keadaan imran yg perlukan aku...

dulu...ms 1st time syfqah sakit, ms tu umor dia 5 thn dan irfan dan pun berumur 2thn 6bln
irfan ms tu dah pun minum susu fm...jadi aku leh stay dihospital n jaga syfqah n passing irfan to my mother in law
tp utk kes kali ni....mmg xboleh sbb imran kecik sgt...dia pun lom campur susu lg...
dr ibu susah nak jaga, baik dia stay dihospital n jaga irfan
mlm tu kata ibu, irfan meracau sbb sesak nafas n dia diberikan pure oksigen br dia ok

esok pg2 aku tukar shif dgn ibu....
pg2 aku bangun utk masak nasi dan sup ayam utk irfan
utk makluman, irfan sgt cerewet tentang mkn dan hanya suka nasi dan sup
jadi... aku bw bekal utk dia...
lepas hantar imran ke taska, aku bwk syfqah ke hospital
kebetulan sekolah tgh cuti UPSR, boleh la syfqah jadi teman..


bekalan irfan./..simple je.. dia xsuka sayur... sup ayam je
tp ada sayur dlm tu...mendap di dasar bwh bekas
ada nuget n ikan bilis goreng..nasi dlm flusk La'qoumet tu

eceli mkn kat colombia asia mmg kelas.. dia punyer western food terbaik la..
aku prefer mskn western dr malay food..
sbb malay food punyer mmg mcm org sakit punyer standart hospital kerajaan..
so... for 1st day keadaan irfan makin improve tp dia still on oksigen tp neb dah reduce to every 4 hours..
n for 1st day we all stay di bilik double sharing sbb bilik single penuh..

nnt smabung cerita next ye...panjang sgt taip..letih lak jari ni...daa



5 comments:

syawalsimpsons said...

alhamdulillah irfan dah sihat kan///

Nad MamaZN said...

Allah... Dugaan ye kak
Lepas sorg, sorg...
Time hubby takde plak
Mmg salute la kat akak, sbb sgt kuat hadapi dugaan

Zaila Mohamad said...

Alhamdulillah anak dah sihat, pasni kn jaga makan & pantau selalu, bagus juga Ilah jenis berdikari kalau husben takde..mmg kuat semangat betul!

duduk spital swasta memang macam tu, makan dia best sampai orang yang tak sakit pula sibuk nk order apa..hihi

mama lieyna said...

YaAllah..dugaan besar utk seorg ibu kan, suami takada pulak tu, nasib la ila ada sedara mara dekat2 sini. Kagum sama kamu..kuat!

Apa lagi tanda2 budak dijangkiti kuman ye..risau pulak eina, sbb akeem baru ni demam 4 hari..ada jugak muntah sesekali..then kerap jugak dia mengadu sakit perut, tp masuk hari ke5, dmm dh ok dan dia nmpk aktif, so tak adala refer mana2 lg..sbb doktor private ckp if demam berlanjutan baru ke hospital.. tp semalam akeem mengadu sakit perut lagi..alaaahai risau pulak.
Nak kata sakit perut nak yak ke, tak ada pulak..huu..

mummy_ayu said...

ala siannya...memang dugaan tul..and nasib baik ada mentua yg dekat..leh gak la minta tolong semua..

Related Posts with Thumbnails