Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Masak-masak: Mac n cheese leleh yg terbaek!

salam uolls....
harini nak kongsi resepi mskn...
yg mmg pd aku mmg sangat2 sedap lg marbeles ok
eceli resepi ni aku minta dr my cousin Kak Uji...
kak uji mmg terkenal dgn masakan western dia ni n dia mmg ambil tempahan dan berniaga dlm opis dia..
kak uji keje dgn sapura kencana...
kira part time job dia mmg memasak la...
mak dia pun tokey nasi lemak terkenal kat keramat AU 2

so nak jadi cerita ms raya yg lepas
kami beraya rmh mak leha n kak uji siap masakkan kami setray besar mac n cheese
ya Allah... sedapnyer.. bila potong, cheese meleleh2 mcm mkn pizza oo..
disebabkan teringat2 kesedapan mac n cheese dia
aku mintak resepi...
n... serius kak uji xkedekut resepi...
lepas baca... 
rupanyer rahsia cheese meleleh n rasa cream ya amat tu adalah pada kuah putih dia
sape pernah masak lasagna tau cara nak msk sos putih tu
mmg sos putih tu yg buat lasagna tu rasa sgt creamy sbb ianyer adalah susu full cream n cheese

so.... pd yang nak cuba buat mac n cheese versi creamy...
silakan salin resepi ye...


Resepi: Macaroni & Cheese Leleh...
Resepi Asal: Suzy Rahman


Bahan-bahannya:


Macaroni/Spiral/Elbow/apa-apa jenis yg berminat
Daging cincang ramly
1 tin sos carbonara  prego
Cendawan butang
Serbukm mixherbs
Serbuk lada hitam
Garam
Bawang merah 1/2 biji
Bawang putih 4ulas

Bahan Untuk sos putih:
2 sudu butter
1sudu tepung gandum
500ml susu fullmilk DL
2/3 keping cheese cheddar
serbuk lada hitam & sedikit garam


Cara memasak creamy cabornara macaroni..

1. Rebus macaroni yg ditambah dgn sedikit minyak zaiton hingga kembang, Tos dan letak tepi
2. Basuh daging kisar ramly & rebus dlm periuk (air 1/2 periuk) sehingga air kering
3. Sementara air rebusan daging kering, potong bawang merah dan bawang putih secara dadu dan hiris cendawan butang.
4. Selepas air daging kering, pindahkan ke kuali n goreng dengan menggunakan minyak zaiton hingga garing. Tambah sedikit garam, mix herbs dan serbuk lada hitam.
5.Masukkan bawang yg dipotong dadu bersama cendawan & goreng lg hingga masak.
5. Akhir sekali, wsetelah semua masak, masukkan sos prego setin n tambah setin air kosong ke dalam daging n masak hingga mengelegak.

7. selepas menggelegak, masukkan macaroni yg telah di rebus tadi n gaul bersama sos tadi. masak dlm 2-3 minit.
8.  Dah siap pindahkan macaroni goreng tadi ke dulang pembakar n letak tepi.


Step kedua: Kuah putih cheezy

aku xpandai nak gelarkan kuah putih ni apa.. so aku panggil kuah putih cheezy jelah ye... resepi sebijik mcm nak buat sos putih utk lasagna:

cara-caranya:

1. Cairkan 2 sudu butter dgn api sedang
2. masukkan 1 sudu tepung gandung dlm butter tadi n kacau dlm 1 minit kot.
3. agak2 dah harum bau, masukkan 500ml susu segar dan kacau lg sos ni. Jgn bagi ada tepung2 bergentel...
4. Bila dah hampir menggelegak, masukkan 2-3 keping cheese cheddar n sedikit cheese parmesan.
5. Lepas semua cheese cair, tutup api. dan sedia ke step 3 pulak.


Step ketiga: Tuang sos putih n bakar

Caranyer:

Panaskan oven pada suhu 180darjah dahulu
1. Sos putih dah ready. sos ni likat tau n sgt creamy
2. Tuang pada macarony goreng tadi
3. Taburkan mozarella cheese n parmesan cheese. Tabur banyak2. tau!
4. Tutup macarony dgn aluminium foil n masukkan dlm oven n bakar pada suhu 180 darjah selama 20minit
5. Lepas 20 minit keluarkan macaroni td n buka aluminium foil. Tambahkan lg mozarella cheese n bakar semula selama 15 minit hingga keju keperangan.
6. Siap!

Ha...hasilnyer... masa nak potong mac ncheese ni.... dia punyer cheese...meleleh b bergetah2 mcm mkn pizza tu...sebijik ok!
rasa dia sgt creamy.!



pada semua.... selamat mencuba.

kos keseluruhan utuk resepi ni dalam Rm50 kot sbb bl keju yg mahal. tapi boleh buat byk kali selagi cheese x abis. tp dgn syarat... bl lg la sos prego tu n susu segar ye... daaa





6 comments:

Nad MamaZN said...

terliur saya tgk tu kak...
akak ni rajin masak la
kagum saya :)

salwana nordin @ che'wa said...

wahhhhh sedapnya..npk creamy..

nnt nk try la..share resepi bole?

Iela Fazielah said...

Nad: sekali sekala... hujung bulan boleh la masak mcm ni..haha... lg pun bila tekak teringin nak mkn tu... mencuba la jugak... nak bl kat luar lg mahal....

Iela Fazielah said...

Salwana: sila2..share la..

mama tisya said...

meleleh222 cheese nya

nevdewar said...

Jumpa resepi kakak ni mcm best pulak (walaupun dah 2016 skrg).. Nak tanya kalau sy takde oven, tapi ada microwave oven boleh jugak tak? Nak buat tapi tak berapa pasti..

Related Posts with Thumbnails