Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

drama novel M.A.I.D & Cik Bunga & Encik Sombong

mlm ni....
jgn lupa dok teleku depan tv ye...
kat astro....

memula jam 9mlm  kita tgk citer Cik Bunga &Encik Sombong
di Astra prima 105 dan Astro Maya HD
lakonan mantap Amar bahrin dan Aamyra Rosli





SINOPSIS CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG
Mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta. 

Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan. 


dan lepas tu....
jgn berganjak lg...
sementara iklan leh la gi minum air dulu...
then kita sambung tgk citer M.A.I.D ni pulak...JAM 10.00 mlm






lakonan mantap Ayda Jebat & Zul Arifin

SINOPSIS M.A.I.D
Pengembaraan Noorul ke alam serba baru bermula bila dia menjadi pembantu rumah penthouse mewah milik lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan yang cerewet mengalahkan nenek kebayan! Oleh kerana sifat cerewetnya itu, Harris digelar MR. F aka en Fussy(cerewet). Semua yang Noorul lakukan sentiasa dihadiahi dengan tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Arahan diterima melalui nota yang ditinggalkan. Entah bagaimana mereka boleh makan semeja.Sungguh pelik. Semakin lama Noorul bekerja,dia mula mengenali Mr F,dah mula mencintai lelaki itu.
Fitnah melanda menyebabkan mereka terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati,Allah sahaja yang tahu.Mampukah Mr. F menerima dirinya?Noorul mencari dalang penyebat fitnah yang dilemparkan. Adakah Asyraf?Mampukah Noorul bahagia bersama jejaka fussy bosnya merangkap suaminya?Bagaimana pula dengan elisa yang sememangnya mencintai Mr. F.Apa pula yang berlaku bila Nurina pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta lama dengan Mr. F?Haikal pula, dapatkah dia menerima Noorul yang dicintai sebagai kakak ipar?


4 comments:

syawalsimpsons said...

mmg kena tunggu ni kak

Suziey Ahmad said...

both novel mmg best..sukanya zul arifin..I likeeee

adianiez AIDA said...

pasangan2 serasi sejoli...
naik rating la drama ni semua guna pelakon hot!

NzA said...

mesti best cerita tu.....akak xsmpt plk nk tgk...awal2 dh zzzzzzzzz....

Related Posts with Thumbnails