Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Tips permulaan ber- cloth diaper

ok...pd yg jemu bc kisah berCd ni terus je tekan butang X kat hujung tu...
n3 ni n3 special aku buat khas utk opismate n kwn2 yg rs2 br nak menjinakkan diri dlm berlampin kain ni
eceli...smlm aku ke opis
dah bwk si imran...siap la tukarkan Cd bagai...
smbil tu borak  dgn kwn opis..
semua dok tanya la..susah x nak berCD ni
ape benda perlu ada? bocor x?
mkn kos belanja yg tinggi ke?
owh..byk no pertanyaan..
dlm ms yg sama..aku ajak sorang opismate aku ni berCDkan anak yg sdg dia kandung skrg..
so...aku karangkan n3 ni khas utk tatapan dia n kwn2 lain yg nak berCD tp..
tapi malas nak search maklumat sana sini..
aku compile kan skali semua la..ye..
ini pun hasil dr pembacaan aku la...


ok..memula..mari kita fikir tujuan nak berCD dulu..




TUJUAN BER-CD:








1. nak selamatkan bumi..kurangkan pencemaran..lampin kain bl satu /10keping, leh pakai berulang kali...lampin pakai buang, bl 50 keping, pakai skali masuk tong sampah, beli lgi n bykkan lg smpah dlm bumi ni


2. nak berJIMAT...eh..kat mana part jimat tu...sekeping CD sampai RM60-90 la...jgn le tgk jenama Itti Bitti ke, Grovia ke, CB ke, Rumparooz ke, Lunatots ke... bl la yg jenama China dulu...mcm Babyland, Coolababy, QQbaby, eh byk la...kalau pandai search kt pemborong diaper, leh dpt serendah RM20 selai..paling koman RM23-25 selai....


part jimat ni..kita kira penggunaan kita skali..buat perbandingan penggunan DD (disposal diaper) vs CD (cloth diaper):


DD : sehari anggaran guna 6 helai x RM0.60 = RM 3.60 sehari x 365.hari = RM1,314 setahun
       (kos ni lom darap 3 thn lg)
CD: kita bl selai jenama murah RM30 x 20helai = RM 600
       (kos bl CD ni skali je sbb pakai leh ulang2 basuh dan aku letak 20 helai jumlah minimum utk buat pusingan pemakaian selama 3 hari dgn basuh setiap 2hari)


so..korang xrasa jimat ke kat situ...bl skali mmg la kena keluar memula cam byk...tp bkn nak bl dan2 tu terus 20 helai..bl dulu 5 keping, bln dpn bl lg 5 keping, tp kena basuh tiap2 hari la..ehehe


3. nak elak masalah rashes n alergik...serius..korang pakai CD xkan berhadapan pun dgn mslh ni..kecuali korang selalu lmbt tukar lampir bila baby poo or pee..lama2 mmg la rashes.
pakai DD ada chemical yg boleh menyebabkan baby rashes sbb gel yg menyerap pee tu yg sbenarnyer bahaya


4. lebih bergaya...serius korang...pakai CD ni cun sgt! design mcm2...korang pilih n beli je... anak pakai CD xyah pakai spender pun xpe..cuba pakaikan anak dgn DD xpakai spender? burukkan??? CD x...lg cun! hehe


nak tau lebih..bc kat link ni: Jimat sangat ke pakai CD?


ISTILAH PENTING DALAM CLOTH DIAPER


hmmm...b4 stat..korang jugak kena tau beberapa istilah penting dlm CD ni...mcm aku dulu memula nak ceburkan diri..jenuh cr maklumat pasal CD ni...insert tu ape, soaker tu ape, AIO apa..sbb mmg xleh bayang ok..so..mari kita belajar makna2 utk perkataan baru ye..


1. CD - cloth diaper/lampin kain


2. DD - disposal diaper/lampin pakai buang


3. OS (ONE SIZE) - Lampin kain yg boleh dipakai dari saiz S- L (ada juga ke saiz XL) dalam 1 lampin sahaja. Biasanya lampin OS boleh dipakai dari bayi br lahir hingga berumur 3 thn (3kg - 14kg/ 18kg)

4. POCKET DIAPER - lampin kain yang mempunyai poket untuk dimasukkan insert/soaker. Lampin jenis ini sekiranya telah digunakan (soiled) perlu dibasuh keseluruhan. Kelebihan lampin mudah kering kerana insert dikeluarkan dari badan lampin dan boleh tambah insert berapa byk yg disukai pada lampin ini (kalau anak kencing byk, boleh masukkan 2 insert dlm pocket diaper).



5. INSERT/SOAKER - penyerap basahan yang diperbuat daripada kain jenis microfiber atau bamboo/hemp/microfleece. Ia digunakan bersama dgn pocket diaper/AI2
microfleece insert

bamboo chacoal insert



6. AIO/ All In One  - maksudnyer lampin kain yg telah dijahit skali insert pada badannya. Lampin ini lebih mudah digunakan kerana tidak perlu nak masukkan insert ke dlm poket tetapi ambil masa utk kering. Tetapi jika telah digunakan perlu dibasuh kesemuanye.




7. AI2/ All In Two - maksudnyer lampin kain yang mempunyai ciri sama seperti AIO tetapi insert yang boleh dilekatkan/ditanggalkan menggunakan butang dengan mudah daripada badan lampin. Sangat mudah digunakan kerana jika semasa menukar lampin, jika badan lampin masih bersih(not soiled), hanya perlu tukar soaker sahaja dan badan lampin masih boleh digunakan semula. Sgt bagus digunakan ketika travel sbb xperlu bwk byk CD tp hanya perlu bwk insert/soaker je sbb badan lampin boleh dipakai berulang kali.




8. Microfiber - tuala yg tebal yg biasanya dijahit 3 lapisan digunakan sebagai insert/soaker untuk menyerap kebasahan. Tetapi perlu diingat, microfiber cepat menyerap air kencing tetapi tidak boleh menakung air kencing yg banyak. Ia juga tidak boleh bersentuhan secara terus dengan kulit bayi kerana ia boleh menyebabkan kulit bayi kering 


9. Fleece - sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri-biri. Biasanya ia digunakan sebagai lapisan dalam CD (inner layer) di antara kulit bayi dan insert/soaker. Fabrik ini membuatkan bayi merasa selesa dan kering.


10. PUL - adalah singkatan daripada perkataan polyurithane laminate, sejenis fabrik yg digunakan sebagai lapisan luar (outer layer) pada lampin kain. Ia bersifat kalis air yg menghalang kebasahan dari tembus keluar dari lampin.






APA BARANG DIPERLUKAN NAK START BER-CD NI?


ha..ni perkara penting ni nk berCD.. bl CD je xcukup..ada beberpa brg lain korang kena prepare nak berCd ni..ala bkn benda yg susah nak dpt pun..benda biasa je...org kata..kalau ada brg2 ni kira cukup la...nak pakai, nak berjalan nak bwk CD nnt xla susah...


meh tgk pedia??


1. CLOTH DIAPER - of coz la kan??hehe..utk permulaan..bl sikit2 dulu..@ least ada 5-6 keping...bl 2 dr jenama yg berlainan..bkn pe...mana tau saiz xseswai ke..xcun ke...leh la tukar kan..


CD itti bitti limited edition...cunnyer!

2. NAPPY LINER - ada 2 jenis..1 yg rewashable..1 lg jenis flushable..tujuan utk alas atas CD antara lampin n baby supaya kalau baby poo senang kita nak basuh CD..kalau bl washable lepas baby poo kita buang popoo dia n basuh liner tu n pakai blk...kalau pakai jenis flushable, baby poo kita flush terus poo n liner tu dlm toilet..abis citer

printed washable liner 

flushable diaper liner

3. BABY SPRAY or WIPES - utk bersihkan montot baby bila waktu tukar diaper


4. CHANGING PAD - alas anak semasa operasi menyalin CD


5. DRY PAIL WITH COVER - utk meletakkan CD yg kotor/telah digunakan sementara menunggu hari membasuh CD secara berjemaah...hehe.. boleh aje guna tong sampah yg ada pemijak tu...yg penting ada penutup

...

6. WET BAG - utk meletakkan CD yg kotor bila kita hantar CD ke taska or pengasuh. Biasanyer wet bag ni jenis kalis air dan bau dan boleh leh letak 4-6 helai CD satu-satu masa..



7. LAUNDRY BAG - digunakan semasa membasuh CD..... penting utk kita jaga CD kita supaya xrosak n tahan lama






dan akhir skali


8. DIAPER DETERGENT - paling penting yg ni...sbb CD xleh dibasuh dgn sebarangan pencuci kain...sebolehnyer mestilah yg enzim free, softener free n clorox free - cth nyer: Lunacare, Pureen HAD, cosway kiddiewash, autumz  dll..






so..bila dah ada benda2 ni dan paling penting TUJUAN utk berCD..baru leh boleh berjaya nak berCD kan anak....


rasanyer mcm dah panjang lebar cerita pasal introduction to CD ni...tp kalau nak lebih lanjut..aku syorkan korang bc kat blog kak long nuzula pasal CD ni..aku mmg byk amik info dr blog kak long nuzula ni selain bc dari blog2 yg lain....sekian..selamat ber-CD

5 comments:

sall said...

bagus3...tip yg sgt berguna.

Iela Fazielah said...

kak sall: nnt dpt adik pada rizki nnt jgn lupa pakaikan CD jugak ye....hehe

sall said...

insyaallah...

- dieyana - said...

utk ank ke-3 ni dieyana dh ckp kat usband-nak guna CD ni, blog iela boleh dijadikan panduan utk dieyana nanti. insya-Allah. tapi kena rajin la kan guna benda alah ni? ermmmm....harap2 dieyana pun rajin mcm iela..;-)

wawazwa said...

saya baru berjinak2 dengan CD ni..harap2 berjaya la..

p/s: kalau nak cari CD murah2m bolehla klik sini http:shiwawa.shoppy.my :)

Related Posts with Thumbnails