Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

moment with newborn baby contest

wah... satu contest  wajib join...
contest anjuran nayville.blogspot.com...
sesape nak join leh klik kat sini ye..



Syarat2 penyertaannyer:
  1. jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda ~ done~
  2. jadi follower http://nayville.blogspot.com ~done~
  3. letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest ~ done~
  4. letak link http://nayville.blogspot.com/ di bloglist anda ~done~
  5. hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. ~ok~
  6. gambar 'newborn baby' mesti lah berusia kurang dari seminggu. ~ menepati syarat2nyer~
  7. masukkan nama bayi, tarikh lahir, berat semasa dilahirkan, berapa jam / hari selepas dilahirkan semasa gambar diambil, nama ibu dan email anda. ceritakan detik ketika gambar itu diambil. ~done~
  8. tinggalkan link penyertaan anda pada komen entry ini. ~done~
  9. kualiti gambar tidak diambil kira sebalik nya 'moment' pada gambar yang akan dinilai. ~ok~
  10. pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik dikalangan jurugambar. ~baiklah~
  11. sebanyak 3 pemenang akan dipilih. hadiah saguhati akan ditentukan bergantung kepada jumlah penyertaan. ~yeay~~
  12. tarikh tutup penyertaan adalah pada tepat jam 12 tgh malam 31 Ogos 2010

aku ada 2 gambar anak ku yg aku nak pertaruhkan...
Pertama:
My georgeos &wonderful princess:

Nama : Adriana Syafiqah Binti Zul Irwandi
Tarikh Lahir: 8 Mac 2006
Berat Masa Lahir: 3.56kg
Bil. hari  semasa gmbar diambil: 8 jam selepas kelahiran
Nama Ibu: Norfazilah Abdullah

Cerita tentang saat gambar ini diambil:

Alhamdulillah...
puteri pertama ku ini selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya secara normal dengan 2kali teran... semua berjalan lancar.. kuberi nama "Nisbah Yang Baik Hati" @ Adriana Syafiqah~...
gambar ini diambil 8 jam selepas kelahiran Syafiqah... iaitu keesokan paginyer... syafiqah lahir jam 11.58 mlm 8 Mac 2006..
masa ni syafiqah baru saja diserahkan kepada mama selepas selesai dimandi dan dibedakkan oleh untie Misi di HPJ..
terserlahlah keayuan dan ketembaman syafiqah harini..
berbanding ms dia baru2 keluar dr perut mlm smlm tu.. badan dia lg kembang...
bila tgk balik muka dia ada pulak ala2 sinchan... hehehe...
dan masa ni mcm xcaya je yg aku dah selamat melahirkan seorang makhluk Allah yg comel ke dunia..
rasa mcm baru je ngandung semalam...
dan rasa mcm xcaya je yg aku dah jadi "mama" diusia 26 thn... 


Kedua:
My hendsome & awesome prince


Nama : Muhammad Iman Irfan Bin Zul Irwandi
Tarikh Lahir: 30 April 2009
Berat Masa Lahir: 1.83 kg (2nd twin)
Bil. hari  semasa gmbar diambil: 14 jam selepas kelahiran (jam 8.30 pg 1Mei)
Nama Ibu: Norfazilah Abdullah

Cerita tentang saat gambar ini diambil:

Alhamdulillah aku bersyukur skali lg kehadrat Allah Taala...
Aku selamat melahirkan sepasang kembar melalui pembedahan yg tidak dirancang, dlm keadaan ku yg xrasa sakit lansung dan sungguh ceria sepanjang proses melahirkan...
Kuberi nama "Muhammad Iman Irfan" bermaksud " Percaya dan bijaksana"
gmbar ini diambil oleh papa Irfan pada keesokan harinya di mana Irfan ditempatkan di wad NICU sejurus saja dilahirkan bersama kembarnya ~Afrina Batrisyia Iman~
kembarnya Batrisyia telah kembali k rahmatullah pada hari ke 7 kelahirannya akibat "sepsis"
pada waktu ini daku masih lg di wad tidak dibenarkan melawat Irfan... hanya gmabr ini dpt mengubat kerinduanku pd anak2 ku yg telah kulahirkan smlm kerana mereka lahir awal (33minggu) dan underweight... Masa ini Irfan terpaksa diberi bantuan oksigen kerana mengalami masalah pernafasan
Melihat keaadaannya yg dilingkari wayar2 dan dicucuk sana sini... hati ibu mana yg xpilu..
masa melihat gmbar ni aku bersyukur pd tuhan kerana telah melahirkan mereka dgn selamat w/pun awal dan memanjatkan doa agar Iman Irfan dan kembarnya sihat..
 ok... sekian tntg kisah moment ku with my newborn baby

jadi.. pada sesapa nak join.. jom klik kat sini or banner kat sebelah ye..
tarikh tamat lama lagi iaitu pd 31 ogos 2010...

16 comments:

Intan Inn said...

tq kak nama saya dah ada...erm berminat juga nak join contest kat atas tue..tp kene chek gambar anak2 dulu

lydzar said...

alalalalla..comelnya fiqah..chubby pipi dia. beza ngn hannah masa newborn. kempis je hikhikhik

mama zharfan said...

so cute!! good luck!!

Farra Dhelina said...

hehe sinchan..mesti akk suka tgok sinchan kot..

gdluck ye kak! ;-)

gewecun said...

so cute..gud luck :=)

sall said...

fiqa 8hb mac, rizz 15hb mac. anak kita sebaya kan. nak cari gambo ...nak cari gambo..

Iela Fazielah said...

intan: u r welcome.... jom la join contest ni... kenangan terindah tu

Iela Fazielah said...

lydzar: fiqah mmg chubby ms lahir n kecik2.... dah besor makin tinggi lak dia...

Iela Fazielah said...

mam_zharfan: tq....

Iela Fazielah said...

farra: itu ada betull... mmg suka sgt tgk sinchan masa tgh ngandungkan dia dulu.... tu yg terkenan sikit tu

Iela Fazielah said...

gewecun: tq.... mudah2an ada luck!!hehe

Iela Fazielah said...

sall: jom join.... nak tgk gak muka rizz masa mula2 lahir dulu....

nza said...

alahai geram la tgk pic baby tecik nie....gud luck

alyyani said...

SALAM KAK IELA. ENTRY REVIEWED. SEMUA SYARAT CUKUP. THANKS SUDI JOIN CONTEST ALYA YE. KEEP IN TOUCH! :D

Iela Fazielah said...

tq alyyani

Momma Mia said...

touching gak baca moment newborn nih... Semoga both of them sihat selalu & ceria2 hendaknya. Amin!!

good luck dear!

Related Posts with Thumbnails